Wednesday, April 30, 2014




Tanggal 1 Mei 2014, penyokong anti-GST yang pastinya dibelakangi pemimpin Pakatan Pembangkang dengan mendapat kerjasama daripada NGO’s propembangkang akan menganjurkan Perhimpunan Haram di Jalan Raja.

Biarpun polis telah melarang penyokong pembangkang dan NGO’s untuk mengadakan perhimpunan haram itu, namun penganjurnya yang terdiri daripada beberapa NGO’s tetap dengan pendirian mereka untuk terus mengadakan perhimpunan haram itu dengan destinasinya sahaja yang berubah.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Perhimpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), S. Arutchelvan kawasan tempat mereka berkumpul yang dijadualkan di adakan di Dataran Merdeka telah ditukarkan ke hadapan Bangunan KLCC sebelum berakhir di Jalan Raja.

Pada awalnya pihak polis telah mengesyorkan Stadium Merdeka atau Padang Merbok yang sebelum ini pernah dijadikan tapak untuk perhimpunan haram Pakatan Pembangkang, tetapi menolaknya.

Sebelum ini PKR menerusi Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu bahawa perhimpunan ini akan diadakan secara aman.

Bagaimanapun, pihak polis termasuk orang ramai tidak percaya akan kata-kata pemimpin Pakatan Pembangkang itu yang disifatkan sebagai manis di mulut sahaja.

Sejarah sebelum ini telah memperlihatkan bagaimana Perhimpunan Haram BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 serta beberapa perhimpunan lain yang membawa kepada rusuhan dan kerosakan harta benda.

Begitupun, Perhimpunan Membantah GST itu tetap dianggap sebagai perhimpunan haram memandangkang kerana penganjur perhimpunan itu telah gagal mengemukakan notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan tersebut.


Sekiranya peserta mahupun penganjur perhimpunan haram itu ditangkap dan didakwa di mahkamah, mereka ini pastinya tidak akan dikenakan hukuman memandangkan kuasa Akta Perhimpunan Aman tidak memihak kepada polis seperti mana yang telah terjadi ke atas Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilepaskan daripada pertuduhan sebagai pencetus huru-haram dalam Perhimpunan BERSIH sebelum ini.

8 comments:

  1. Bangun rakyat Sabah Sarawak. Pemimpin korup akan kecut melihat kebangkitan rakyat. Sekurang2nya langkah mereka akan tersekat2 dalam mengkayakan keturunan serta kroni mereka.

    Gunakan fikiran. Tidakkah anda mahu termasuk ke dalam golongan cerdik pandai. Tukar ke Pakatan pru nanti.

    ReplyDelete
  2. Bangun rakyat Sabah Sarawak, bangun tentang abis-abisan PR (Penipu Rakyat)... jgn jadi seperti rakyat Semenanjung ditipu abis. Bijak memilih kerajaan yang benar membantu-bantu rakyat bukan Penipu Rakyat. Dah la menipu rakyat siapppp...KEncing Rakyat lagi..

    Pilih pemimpin yang membangunkan negara, bukan menghancurkan negara.
    Pilih pemimpin yang bersama rakyat, bukan meninggalkan rakyat.
    Pilih pemimpin yang bekerja demi negara, bukan demi kroni keluarga, anak menantu dan lai bini.

    Pentadbiran Pemilihan PARTI bermasalah mcm mana nak jalankan pentadbiran NEGARA.. ingatkan pemilihan DAP saja yg bermasalah rupa2nya tiga2 pemilihan parti ada masalah...

    ReplyDelete
  3. Memang rakyat Semenanjung telah ditipu. Barisan telah mempergunakan sebahagian rakyat Sabah Sarawak yang tiada maklumat untuk menidakkan kemenangan Pakatan di Semenanjung.

    Mereka bercerita konon pemilihan parti Pakatan bermasalah. Sebahagiannya fitnah. Itulah demokrasi. Yang menipu takkan kekal lama dan akan menjadi katak. Hasilnya walaubagaimanapun akan wujud pemimpin yang berwibawa dan berani kerana benar.



    Bukan macam pemilihan barisan yang penuh dengan pembodek serta hujah dan bukti class c.

    Jangan pilih pemimpin yang konon membangunkan negara tapi biarkan jerung rasuah.

    Jangan pilih pemimpin yang konon bersama rakyat tapi hidup rumah harga berjuta2.

    Jangan pilih pemimpin yang bekerja demi ......eh.... ayat di atas dah terang lagi bersuluh terkena batang hidung pemimpin barisan dan anak menantunya. Bezanya dalam Pakatan, anak beranak dan kroni tak kaya raya dan berani masuk penjara kerana benar.

    ReplyDelete
  4. Bangun rakyat Sabah Sarawak, lepas bangun jangan lupa gosok gigi(pantun 2 kerat). Kalau sokong DAP pun sama. Pilih keluarganya saja untuk jadi pemimpin. Lihat saja bandar Sibu, Sarawak yang jatuh ke tangan DAP, sudah jadi macam bandar ALONG. Syarikat ALONG tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tidak percaya cuba pergi ke sini bagi yang berada di semenanjung. Mereka berselindung di sebalik Syarikat Pinjaman Wang Berlesen. Paling famous papan tanda syarikat Along "RM 100,000, Ini kallilah"

    Pub haram sana-sini, orang mabuk langgar orang saja kerja. Perlu hati-hati bila berada di jalan raya pada lewat malam atau awal pagi. Bagaimana mau kasi bagus ini tempat kalau macam ini bandar pun tidak bagus. Kalau perintah itu PutraJaya, habislah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya sokong you. Ini DAP pun korup juga. Kalau ada syarikat dan pub haram di Sibu, maknanya ada koruption juga. Kenapa biarkan ini perkara.

      Delete
  5. apa pun bersyukur kerana kita rakyat malaysia yang hidup aman dan makmur` cuba bayangkan rakyat sabah ada yang bersal dari philifin, indo, ok lah tu, rasuah berlaku dimana2 di dalm kerjaan atau pembangkang, yg penting diri sendiri supaya tidak tertipu

    ReplyDelete
  6. ha ha ada orang berani masuk penjara kerana benar, perpatah dari mana ni, zaman moden dengan teknologi tinggi, orang bijak pandai, berani pun kecundang, ye ke fikir2lah jangan emosi

    ReplyDelete
  7. Jangan tersalah pilih.
    Nampak luaran cantik tapi dalam berkulat juga.
    Penyapu baru nampak berguna,
    Tapi dah lama teruk jugs.
    Satu Parti Anak Bini.
    Dual Parti Dinasti Kaum.
    Tiga Parti Ajaran Songsang.
    Belum tentu pertadbir itu berpanjangan.
    Di Utara pengusiran etnik secara halus.
    Di Timur Air Keroh selalu.
    Ditengah Air Tak ada selalu.
    Di Selatan baru nak rosak.
    Pekan pekan dah jadi Pekan Koboi.
    Apa pun boleh asal suara kaum ITU.
    Kalau tak ada ilmu Permata.
    Jangan kata kaca itu Permata.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!