Monday, April 28, 2014


Sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sempat meluangkan masa dengan melawat bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka.

Kehadiran Muhyiddin Yassin dan isteri serta rombongan telah disambut Nik Aziz dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak selepas solat Asar.
  
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Lawatan ini benar-benar mengejutkan penyokong-penyokong PAS yang sememangnya mahu melihat pemimpin-pemimpin Islam daripada UMNO dan PAS bersama dalam mengembang dan meningkatkan syariat Islam di Malaysia.

Ini kerana terlalu banyak dugaan yang telah diterima masyarakat Islam khususnya dalam mengekalkan perpaduan dan penerimaan hukum-hakam Islam.

Terbaru, kedegilan pemimpin PKR dan DAP dalam menerima cadangan Kelantan yang ditadbir PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan telah mendapat tentangan daripada komponen Pakatan Pembangkang sendiri.

Malah, salah seorang pemimpin kanan DAP sanggup mengherdik PAS agar keluar daripada Pakatan Pembangkang kerana cadangan hukum hudud itu telah melanggar prinsip Pakatan Pembangkang.

Dalam lawatan itu juga, Nik Aziz berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
  

Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana penyakit prostat kini dilaporkan semakin pulih dan mendapatkan rawatan secara berkala di hospital itu.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..eloklah tu berbaik2.Takde untungnya umat Islam berpecah-belah sepanjang masa.

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulilah, semoga kita diberi petunjuk bagaimana untuk menyatukan umat islam, tidak bermusuhan sesama kita, bersatupadu supaya lebih kuat menentang musuh yang sentiasa menunggu peluang menjatuhkan malaysia

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!