PEMIMPIN PRO-AZMIN CEMUH KHALID IBRAHIM DI MEDIA SOSIAL


Ini bukan melibatkan pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi lebih kepada persengketaan dalaman yang berpanjangan yang melibatkan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Seperti biasa, penyokong pro-Azmin kini telah mengamalkan budaya politik sempit sehingga gagal membezakan antara permusuhan politik dengan tugas Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Terbaharu, Abdul Khalid 'diserang' secara sinikal oleh kumpulan pro-Azmin hanya kerana beliau selaku Menteri Besar Selangor menerima kunjungan hormat Media Prima diketuai Pengerusi Bukan Eksekutif, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Amrin Awaluddin sebelum memuat naik pertemuan itu di Twitternya.

Namun ternyata, pertemuan tersebut tidak disenangi musuh politiknya dalam PKR apabila mereka mempersoalkan nilai moral Abdul Khalid hanya kerana beliau menunjukkan jiwa besarnya selaku Menteri Besar kepada seluruh rakyat Selangor dengan menerima kunjungan Media Prima yang disifatkan lawannya sebagai 'musuh durjana'.

Antara pemimpin PKR yang paling awal tampil sinis terhadap Abdul Khalid ialah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya, apabila beliau menerusi laman twitternya dipetik sebagai berkata: "Layan TV3. Hebat,".

Ternyata perangai busuk pemimpin PKR bukan sahaja terhadap pemimpin BN, tetapi juga sesama mereka demi kelangsungan politik jahat mereka.


Inilah gambaran sebenar pemimpin PKR di mana sanggup memusuhi kawan sendiri hanya semata-mata kerakusan untuk mendapatkan jawatan dan sifat dendam.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

sangkelembai
April 8, 2014 at 2:24 AM

Mmg dah agak dah. Nak bodek Nwar lah tu. X dpt nak lagakan Khalid dgn Nwar kerana Nwar x dpt tanding di Kajang, maknanya caturan mrk dah tersasar. Pbila dah camtu, peluang yg sebginilah yg digunakan;demi menunjukkan di mata Nwar bhwa Khalid agak liberal dan x sepatutnya dibiarkan. Azmin pulak x sedar2 dirinya dipergunakan oleh Nwar. Sampai msnya kelak Nwar akan tendang Azmin pulak. Strategi Nwar 'divide n rule' sdh mulai ketara. Skrg mrk anak beranak dah mula nak memimpin Sngor...jaga2 org Sngor....jgn nanti ayam menang kpg tergadai.....!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger