Wednesday, April 23, 2014


Sebelum menyertai Pakatan, PAS yang berdiri keseorangan megah dengan misi dan visi parti adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara Malaysia.

Ini telah termaktub sejak awal penubuhan PAS lagi namun selepas menyertai Pakatan Pembangkang, misi dan visi itu telah menyimpang jauh hanya kerana kepentingan politik bersama DAP dan PKR.

Bagi Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, perkara berkenaan sememangnya menjadi tunjang perjuangan PAS selama ini, dan ianya akan terus diperjuangkan termasuklah pelaksanaan hukum hudud.

Begitu pun, pemimpin di bawah tidak dibenarkan memberikan sebarang kenyataan berhubung hukum hudud melainkan daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sendiri.

Jika Presiden PAS bersetuju dengan cadangan hudud, bermakna pemimpin lain terpaksa juga harus bersetuju.

“Pasal hudud ni, hanya presiden yang boleh buat kenyataan. Apa pun, seperti apa yang telah diputuskan oleh parti adalah untuk lihat syariat Islam tertegak di negara ini, Insya-ALLAH,” katanya.

Begitu pun, suara Pakatan Pembangkang jelas tidak sepakat apabila PKR dan DAP secara terang menyatakan bahawa mereka tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Malah, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta agar PAS kembali memberi fokus berhubung penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti-parti komponen Pakatan Pembangkang sebelum ini.


Tanpa berselindung, PAS mengatakan rakan komponen mereka (DAP dan PKR) tidak faham mengenai hukum hakam Islam dan adalah wajib untuk kami (PAS) memberi kefahaman kepada mereka.

3 comments:

  1. PAS nak ujudkan negara berkebajikan??? Asal ada ceramah kutip derma, PAS asyik kutip derma, asal kutip derma sahlah ianya PAS. PAS PENIPU DAN KENA TIPU dengan PKR dan DAP........KAH KAH KAH !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Negara Kebajikan itulah yang ada dalam Negara Islam. Cuma kalau guna nama ISLAM ni sensitif sikit. Kerana selama pemerintahan barisan, nama ISLAM tu bukan di angkat. Tetapi dibiarkan agar ditakuti, dibenci dan menjadi fobia kepada bukan Islam.

    Jangan takut pemuda pemudi Sabah dan Sarawak. Kerjasama telah dibuat dengan DAP dan PKR. Semua boleh duduk semeja.

    Jangan percaya 100% kenyataan yang dikeluarkan media barisan kerana ia diambil sekerat2. Sama juga agama Islam yang syumul. Ia diambil sebahagian sahaja.

    PAS tiada kekayaaan. Bangun dari hasil derma rakyat yang berjuang. Tak boleh berjuang seperti pemimpin yang rela masuk penjara tapi RM1 itulah yang penyokong mampu. Tiada paksaan. Dengan RM1 itulah mereka mampu menawan Terengganu dan Kedah. Itulah kekuatan PAS.

    Barisan tiada keinginan mengangkat Islam yang adil dan berkebajikan dan lebih banyak mengkayakan kroni. Mereka menipu rakyat dengan BRIM untuk menjatuhkan PAS. PAS dan pakatan ada keinginan ke arah kebaikan.

    Beri peluang Pakatan dalam pru nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tu melayu murtad sal tu ko sokong Pakatan. Bodoh piang kamjat.

      Delete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!