PAS BERSEORANGAN PERJUANGKAN HUDUD SELEPAS DAP DAN PKR MENOLAK PELAKSANAANNYA


Bekas Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa tetap tidak akan menyokong usaha Kelantan memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran kepada negeri itu melaksanakan hudud.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh berkata, mengikut perlembagaan, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini.

Menurutnya, Dun Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kelulusan enakmen ini dari pada Parlimen.

"38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha PAS ini atas dasar kepentingan negara.

"Saya telah berkata berkali-kali, dan saya ulangi, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini," katanya.

"Ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menegaskan PAS akan mendapatkan sokongan Parlimen untuk merealisasi hudud di negeri tersebut.

Selain Karpal, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga bersependapat bahawa hudud tidak ada tempat dalam Pakatan Pembangkang.

Sebaliknya, Anwar memberi jaminan khususnya kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Pembangkang.


Justeru, kini PAS hanya bersendirian dalam membawa isu Hudud ini di Parlimen biarpun UMNO sebagai sebuah parti Melayu tidak mempunyai masalah untuk menyokong permohonan PAS Kelantan seperti mana yang dinyatakan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 8, 2014 at 12:12 PM

Nak seribu daya, tidak seribu alasan. Dah 63 thn PAS ditubuhkan. Nabi saw cuma 13 thn sahaja.
Yg dinilai Allah swt adalah kesungguhan kita berusaha melaksanakan perintahNya.
Berjaya atau tidak adalah kurnia dr Allah swt.
Berapa ramainya Para Rasul a.s. tampak spt tidak berjaya dlm dakwahnya pd mata manusia, tp mrk a.s. dinilai sgt tinggi dan mulia di sisi Allah swt, kerana kesungguhan mrk a.s. melaksanakan perintah Allah swt dlm berdakwah.

uloulo
April 8, 2014 at 1:31 PM

Nasib engkaulah Labu. Klu Bersih mau saya...hudud x naklah..nanti x dpt nak anu-anu...hehehe ambik kau.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger