PARTI KEADILAN RAKYAT BUKAN MILIK ANWAR IBRAHIM


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersependapat bahawa PKR bukan milik Anwar Ibrahim atau individu tertentu.

Justeru, dalam Pemilihan PKR 2014 kali ini PKR seharusnya keluar daripada kepompong bahawa PKR bukan untuk Anwar Ibrahim biarpun sejarah penubuhannya dahulu mempunyai hubungan terhadap pembebasan Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan lokap akibat dipenjara atas sebab penyalahgunaan kuasa.

Menurut Azmin, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Sebagai sebuah parti politik yang berperanan dalam mengubah landskap politik Malaysia, PKR sewajarnya bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

“PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti," katanya.

Bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama PAS dan DAP.

Justeru, kepimpinan seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah perlu digantikan kerana dianggap sudah tidak lagi relevan dan wajar digantikan dengan pemimpin yang muda lagi dinamik.“


Sudah tiba masanya Anwar dan Wan Azizah bersara daripada politik sebelum mereka ini akan dianggap lialibiliti terhadap kemerosotan sokongan kepada PKR suatu hari nanti.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 13, 2014 at 11:31 PM

wei azmin, mak lampir. sapa kata pkr bukan anwar punya. lupa daratan ke lupa mendarat? parti jahanam tu ditubuhkan untuk memperjuangkan keadilan kepada anwar yg kena humban masuk penjara, ada faham!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger