Tuesday, April 29, 2014


Jatuh air muka Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail di mana PKR yang merupakan parti pembangkang peringkat nasional hanya menggunakan rumah seorang aktivis bagi mengadakan Pemilihan PKR 2014.

Ini berlaku semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Paya Besar dan akibatnya pemilihan itu terpaksa ditangguhkan akibat bantahan daripada kepimpinan cabang itu sendiri.

Gara-gara ketiadaan tempat, mereka telah memilih rumah seorang aktivis yang terletak di Permatang Badak di sini yang dijadikan lokasi pengundian oleh PKR negeri.

Selain Paya Besar, pengundian PKR Cabang Jerantut yang sepatutnya berlangsung di sebuah restoran di bandar itu turut ditangguhkan atas sebab masalah teknikal yang difahamkan berkaitan dengan kelayakan salah seorang calon Ketua Cabang, sekali gus mengundang bantahan daripada ahli.

Ini merupakan sebahagian daripada rencah-rencah Pemilihan PKR 2014 di mana PKR tidak lekang dengan kontroversi dan rasa ketidakpuasan hati dalam soal demokrasi ala PKR.


Yang pasti selepas ini akan ada banyak lagi cerita dan peristiwa lucu yang membabitkan Pemilihan PKR di seluruh negara.

3 comments:

  1. partinya bertaraf 'nasional', pemimpinnya bertaraf 'dunia', tapi pemilihan buat dekat rumah, nasib baik tak buat kat kandang kambing jamnapari???

    Kah kah kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  2. wow hebat...partai keadilan sosialis nasional ni..hehehehehehe

    ReplyDelete
  3. Betul ke maklumat dari barisan ni? Kalau betul pun baguslah. Jimat sikit. Lebih baik dari SPR yang menjalankan pru dengan kos yang tinggi.

    Pemilihan barisn lagi membazir. Habis masa dalam media mengulas pemilihan dalam menentukan kroni dan anak beranak naik ke atas. Kalau anak beranak tu berkaliber ok gak. Ni suma tak berani. Cakap pun tak lancar tapi duit masyuk.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!