Wednesday, April 23, 2014


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengamuk apabila mengetahui salah seorang ahli pasukannya, Rafizi Ramli dihalang memasuki Sarawak buat kali kedua.

Sekatan ke atas Rafizi Ramli dilakukan Kerajaan Negeri Sarawak yang sememangnya mengetahui beliau lantang bersuara dengan fakta dan pembohongan yang melampau.

Nurul Izzah menafikan kehadiran pemimpin PKR Pusat ke Sarawak adalah bertujuan menghuru-harakan rakyat Sarawak sebaliknya atas perjuangan politik semata-mata.

Apakah Nurul Izzah tidak mengetahui bahawa apa yang cuba disampaikan mereka dalam ceramah dengan mengutuk pemimpin negeri Sarawak dengan tohmahan dan fakta yang salah masih dianggap tidak menghuru-harakan rakyat Sarawak?

Sebagai pemimpin yang baharu berkecimpung dalam dunia politik, Nurul Izzah sewajarnya menghormati budaya dan sensitivitinya, dan bukannya melemparkan dakwaan yang tidak benar sehingga meracuni pemikiran rakyat Sarawak.

Politik Sarawak sangat berbeza dengan politik di Semenanjung yang lebih bersifat ekstrem dan gejala ini yang sebenarnya cuba dibendung pemerintah negeri Sarawak.

Kenyataan Nurul Izzah bahawa PKR tidak berniat untuk mempromosikan perkauman, itu adalah jawapan ‘orang politik’ yang ternyata tidak benar.

“Sebaliknya apabila dihalang begitu rupa, pada saya ia sesuatu yang amat memalukan kepada kerajaan negeri (Sarawak),” ujar beliau lagi.

Lihat sahaja cara penyampaian dan kandungan ceramah di Semenanjung yang mana diketahui PKR banyak membawa unsur-unsur kebencian melampau terhadap pemerintah biarpun mereka melakukan pentadbiran dengan betul.

Untuk pengetahuan bersama, rakyat Sarawak tidak menerima pemimpin seperti Nurul Izzah yang sememangnya diakui mengamalkan Islam liberal sehingga menidakkan Islam yang sebenar.


Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menghalang kemasukan pemimpin yang ekstrem itu tidak pernah memalukan Kerajaan Negeri Sarawak bahkan majoriti rakyat bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri.

5 comments:

  1. Pemimpin PK mejoriti...

    Hidung tak mancung,
    Pipi tersorong-sorong.

    Macam belanda dapat tanah...

    ReplyDelete
  2. tindakan bijak oleh kerajaan Sarawak... jangan biarkan golongan terkutuk kaki pembohong dan pemfitnah datang ke sarawak untuk memecahkan perpaduan rakyat Sarawak yg telah terjalin selama ini... siapa tak kenal Anwar Aljuburi... keturunan nya juga kaki pembohong...

    ReplyDelete
  3. Jika kamu berasakan cukup matang untuk berpolitik cara mengadu domba sebagai jalan pneyelesaian , berpindah saja ke Semenanjung , kametidak mau kamu yang berjuang atas nama rakyat berlandaskan nafus semata-mata

    ReplyDelete
  4. Barisan boleh halang orang memasuki Sabah Sarawak. Tetapi perjuangan ke arah keadilan berpaksikan agama Islam dalam Pakatan tidak mungkin di halang. DAP nampak macam tak suka Islam. Tapi mereka sedar PAS dan PKR lebih jujur dari barisan. InsyaAllah kerjasama akan terus kukuh.

    Lihatlah komunis yang menghalang Islam. Tetapi realitinya, Islam berkembang dan komunis pula yang berpecah belah.

    Orang muda yang terdedah dengan alam maya boleh tahu mana kaca dan mana intan. Masa akan menentukannya.

    ReplyDelete
  5. PKR dah jarang masuk Sabah sebab Sabah tak memerlukan PKR.PKR ditolak oleh majoriti pengundi Sabah.Rujuk keputusan PRU13 utk Sabah.

    Maka PKR cuba nak mengadu nasib di Sarawak.PKR juga tidak begitu bernasib baik di bumi Kenyalang.Calon2 PKR di PRU dan PRN lepas kecundang hampir 100%.Nasib baik menang kerusi di Miri.

    DAP cuma menang di bandar2 besar.Kini nak ke luar bandar pula.Maka agenda terselit dgn mencalon seorg Dayak sbg KM.Licik permainan politik Dap.Mereka tau Dap takmungkin boleh memerintah tanpa sokongan bumiputera.Maka Dap memberi umpan besar utk kailnya.Jgn diperangkap Dap.

    DAP menuduh UMNO rasis,tetapi Dap main rasis di Sarawak.

    Siapa saja boleh jadi KM asalkan partinya menang majoriti dgn membentuk kerajaan.BN Sarawak adalah formula terbaik dlm perkongsian kuasa utk Sarawak.

    Kerajaan Pakatan di Selangor tidak boleh dijadikan benchmark kerajaan yg baik.MB Selangor sendiri dikutuk rakan2 DAP.Pelik sungguh.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!