MANA PENDIRIAN AHLI YANG BERHORMAT PKR SELANGOR TERHADAP PENTADBIRAN KHALID IBRAHIM?


Mungkin inilah masa yang terbaik buat Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam menilai sejauh mana pemimpin-pemimpin PKR yang juga EXCO Selangor setia kepada pemerintahannya.

Ini kerana sejak catuan air ini diadakan terlalu banyak kritikan yang diterima Khalid Ibrahim khususnya daripada pemimpin DAP yang juga Pakatan Pembangkang.

Terbaru, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi telah mendesak Menteri Besar Selangor itu meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan isu air di Selangor.

Jeff Ooi menerusi laman Facebooknya dilaporkan secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid dan menggesa beliau dipecat sebagai Menteri Besar kerana didakwa gagal menangani isu air di negeri ini.

Pemimpin DAP itu dikatakan berang dengan pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor di bawah Abdul Khalid yang didakwa gagal menguruskan isu catuan bekalan air di negeri ini yang disifatkannya tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Selain Jeff Ooi, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerusi sebuah portal berita, www.astroawani.com hari ini dilaporkan turut mempersoalkan kredibiliti Abdul Khalid dan bersedia untuk menamakan calon yang layak menggantikan Menteri Besar Selangor.

"Saya ingat dia tidak ada kuasa meminta saya meletak jawatan Menteri Besar," katanya dengan ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat peringkat daerah Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini hari ini.

Apakah kenyataan Zuraida ini mempunyai kaitan dengan Pemilihan PKR 2014 yang kini sedang berlangsung di mana Khalid Ibrahim menentang Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam jawatan Timbalan Presiden PKR?

Biarpun ia sukar diramal tetapi melihat kepada Zuraida yang cenderung terhadap Azmin Ali berkemungkin ia tidak mustahil mempunyai kaitan dengan Pemilihan PKR 2014.


Sehingga kini tiada mana-mana pemimpin PKR Selangor mahupun Exco Selangor yang menyokong mahupun mempersetujui tindakan Khalid Ibrahim yang kini berhadapan dengan rakan-rakan sendiri dalam Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger