MALAYSIAKINI DAN RED BEAN ARMY MEMPERJUANGKAN AGENDA YANG SAMA


Apakah persamaan Malaysiakini dengan Red Bean Army selain daripada memihak kepada pembangkang?

Malaysiakini banyak membuat laporan yang tidak bersandarkan fakta sebaliknya gemar bermain sentimen bagi memburuk-burukkan imej kerajaan dan disifatkan tidak ubah seperti Red Bean Army.

Ini disokong Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Perak, Hamdan Mohd. Salleh berkata, Malaysiakini dan RBA dilihat sebagai entiti yang berkongsi agenda dan fokus sama sebagai ejen penyebar propaganda menerusi bantuan dana pihak tertentu.

Selain sebagai penyebar propaganda pembangkang, Malaysiakini dan Red Bean Army juga menerima dana daripada pihak luar dan beberapa syarikat yang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.
Katanya, JMM pernah membangkitkan mengenai isu dana asing diterima Malaysiakini tetapi sehingga kini portal berkenaan masih menutup mulut.

"Anggota RBA pula didakwa dibiayai oleh banyak syarikat bagi membodohkan orang awam dengan pelbagai provokasi memburuk-burukkan kerajaan.

"Malaysiakini dan RBA mempunyai hubungan yang akrab untuk menjatuhkan kerajaan. Dana yang mereka peroleh amat besar dan mereka menafikan serta bersikap berdiam diri ketika pendedahan dibuat.

Menurut Hamdan, Malaysiakini semakin menjadi barah kepada kerajaan dan dilihat sebagai satu ancaman dengan memberi impak negatif terhadap pembaca khususnya di negara ini.

Katanya, bentuk ancaman halus itu adalah liabiliti kepada kerajaan tetapi tiada tindakan diambil termasuk melibatkan isu portal propembangkang berkenaan memperoleh dana asing dalam menyebarkan agenda mereka.

"Kerajaan harus bertindak awal jika ingin membendung ancaman halus yang telah menular dan menjadi racun kepada pemikiran rakyat," katanya.


Bagaimanapun, kelemahan itu juga harus ditujukan kepada kerajaan apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah menganugerahkan Malaysiakini dengan portal berita media sosial terbaik sekali gus mempersetujui apa yang cuba dibawa portal pembangkang itu.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 9, 2014 at 2:46 PM

RBA ke, Malaysiakini ke tak kisah... jatuhkan dulu barisan. Kebanyakan orang muda yang menggunakan internet lebih terbuka dalam menerima maklumat. Di PRK Balingian pun dah bertambah pengundi muda menyokong Pakatan.

Masalah cuma di pendalaman Sabah, Sarawak dan kawasan kampung yang tiada maklumat. Mereka terpedaya oleh projek JKKK dan adun mereka sedangkan pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan. Malah mereka patut dapat lebih dari yang sediada jika dilihat kepada banyaknya hasil buminya.

Dengan internet kita boleh tahu macamana pengorbanan pemimpin Pakatan. Yang jadi MB, MP dan Adun... Mana ada bermewah2 macam pemimpin barisan. Tengok macamana mereka berhujah di Parlimen. Kat TV tunjuk sikit2 jer.

Berani kerana benar. Sebab tulah mereka sanggup menerima apa saja kesan tindakan rakus kerajaan. Logik pakai otak. Buat apa susah2 sampai masuk penjara. Lebih baik join tipu rakyat. Anak bini senang. Contoh Anwar kalau dia ikut telunjuk boss dulu dah tentu hidup senang. Lantaklah apa nak berlaku pada rakyat....

Siapa yang ada internet harap download dan terangkan kepada keluarga dan kawan2 di kampung. Itu saja yang kita mampu.

Anonymous
April 11, 2014 at 10:22 AM

ANWAR Nak jadi PM lebih awal.itu logik nya..lawan boss la..Belajarlah sejarah sikit..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger