LANTIK KETUA MENTERI DAYAK HANYA HELAH TARIK UNDI KAUM DAYAK


Skrip melantik Ketua Menteri Sarawak daripada kalangan kaum Dayak dimainkan semula DAP Sarawak tatkala mahu menawan hati pengundi luar bandar dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-11 akan datang ini.

Sebelum PRN Sarawak Ke-10 2011, DAP Sarawak juga pernah menyuarakan hasrat yang sama bersama PKR dan PAS juga SNAP ketika mahu berhadapan dengan BN, tetapi tidak kesampaian apabila mereka berhadapan sesama sendiri ekoran sikap tamak dan rasis mereka dalam politik.

Mewujudkan projek Impian Sarawak yang memfokuskan kepada menarik undi penduduk pedalaman yang majoritinya daripada kaum Dayak menjadi agenda utama kerana mengakui pengundi di bandar sudah memihak kepada Pakatan Pembangkang.

Kini, janji mahu melantik Ketua Menteri Sarawak daripada kalangan kaum Dayak ekoran peralihan jawatan Ketua Menteri Sarawak sebelum ini diberikan kepada kaum Melayu.

Dengan sentimen terbaru ini jelas DAP Sarawak sudah kekurangan modal untuk berpolitik secara sihat sebaliknya kini beralih kepada politik perkauman.

Demi untuk mengaburi mata dan hati rakyat Sarawak khususnya masyarakat Dayak, DAP mengambil kira sejarah Ketua Menteri Sarawak pertama yang disandang oleh Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Apakah DAP Sarawak tidak menyatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak Ke Dua juga merupakan kaum Dayak?

Ternyata DAP Sarawak kini sudah ketandusan modal politik ekoran pengundi Cina di kawasan bandar kini sudah mula kembali kepada BN seperti mana yang ditunjukkan dalam PRK Kajang dan PRK Balingian.

Dengan kuasa dan sikap kepimpinan BN yang tidak pernah mengenal kaum dalam soal membangunkan sosioekonomi termasuk pembangunan setempat, soal siapa Ketua Menteri tidak perlu timbul.


Rakyat Sarawak perlu mengambil teladan dengan apa yang berlaku di Selangor di mana kuasa Menteri Besar Selangor yang dipegang PKR hanya seperti boneka tatkala yang mengawalnya merupakan pemimpin DAP Selangor yang banyak memainkan peranan dalam mengawal keputusan politik di Selangor.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger