KHALID IBRAHIM: ‘SAYA BUKAN PAK TURUT’


Apakah ini permainan Khalid Ibrahim untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang dijadualkan hujung bulan ini atau benar-benar luahan hatinya sepanjang menyertai PKR selama ini?

Namun, melihat kepada perkembangan semasa tindakan Khalid Ibrahim yang kini dilihat sangat aktif menjaga kebajikan rakyat hingga terpaksa menidakkan suara-suara pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya dalam soal persetujuan pembinaan empangan air loji Langat 2.

Dengan nada tegas, Khalid Ibrahim menegaskan beliau bukan dalam kalangan ‘pak turut’ perlu demi keseimbangan parti itu.

Malah, katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim walaupun mengakui ada kalanya tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat penasihat parti itu dalam kepimpinan parti.

“Saya tidak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia (Anwar) nampak saya dengar cakapnya. Ada juga cadangannya saya tolak dan ada juga saya terima. Jadi mesti ada orang bersama pemimpin yang boleh dibawa berbincang. Bukan menjadi pak turut, itu perlu ada dalam parti," katanya lagi.

Tidak hairanlah mengapa selama ini ada pemimpin PKR khususnya Rafizi dan Azmin Ali mahupun Zuraida Kamarudin yang tidak begitu senang dengan tindakan Khalid Ibrahim yang melihat PKR kini sebagai sebuah parti yang mengongkong pemimpin biarpun apa yang dilakukan itu betul untuk rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger