KERANA JAWATAN SAIFUDDIN NASUTION SANGGUP PERTIKAI SOKONGAN BN TERHADAP HUKUM HUDUD PAS


Walau apa pun kenyataan calon jawatan Timbalan Presiden PKR, Saifuddin Nasution terhadap BN mengenai sokongan hukum hudud yang akan dibawa PAS dalam Dewan Rakyat, ia sebenarnya bersifat meraih undi dalam Pemilihan PKR 2014.

Biarpun kepimpinan tertinggi PKR mengatakan PKR menolak pelaksanaan hukum hudud yang cuba dibawa PAS di Dewan Rakyat, namun tidak semua di kalangan pemimpin mahupun penyokong PKR menolak hukum hudud itu.

Atas sebab itu, Saifuddin terpaksa mengeluarkan kenyataan menyindir agenda politik BN yang dikatakan mempunyai agenda tersembunyi dalam menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa sokongan terbuka pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri sendiri tidak menunjukkan kesungguhan UMNO dan BN untuk melaksanakan hukum syariat itu.

"Sedetik pun saya tiada keyakinan UMNO jujur untuk menyokong melaksanakan hukum hudud ini.

Ini susulan daripada kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa hukum hudud bakal jadi kenyataan berdasarkan maklum balas positif secara terbuka termasuk pimpinan tertinggi UMNO.

Sebaliknya tegas Saifuddin, sokongan UMNO dan BN ini didakwa hanya semata-mata untuk memecahbelahkan parti komponen Pakatan Pembangkang seperti mana yang berlaku kepada Barisan Alternatif pada 2004.

Jelas kini bahawa PKR mahupun DAP tidak mahu melihat hukum hudud ini dilaksanakan disebabkan sekiranya BN menyokong usaha PAS maka ia akan memberikan impak negatif terhadap hubungan mereka dengan PAS dalam Pakatan Pembangkang.


Apa pun kini dengan tindakan PKR yang majoritinya pemimpin Islam jelas telah dan tidak mahu melihat undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia hanya kerana hubungannya dengan DAP yang dikatakan jelas mempunyai agenda untuk menidakkan syiar Islam di Malaysia.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 21, 2014 at 2:51 AM

Dia ni officeboy parti saja... tunggulah nanti.. Sekiranya Tun Musa take over ketua Pakatan..sbb Anwar kena langsaikan masaalah dia...dulu. Pas lalui segelintir kalangan profesional dah mula bergerak kearah itu...Sbb tu dia cuba bersihkan diri tentang Mamali.. agar Pas berlapang dada terima dia untuk lead ...
Anwar pasti lopong terkejut...new senerio ... bab mata lebam..racun... dan simpati .. semuanya dah muaaaaaaaak melayan olih majority ahli pembangkang...

Anonymous
April 24, 2014 at 4:37 PM

Saifuddin ni sendiri sokong hudud tak?! Jangan banyak buat fitnah jika sendiri tak sokong. Jangan jadi MUNAFIK!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger