KERAJAAN SARAWAK ADA MELAYU, IBAN, BIDAYUH, CINA ATAU ORANG ULU


Di Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak perlu mempunyai komposisi kaum bagi mencerminkan kepelbagaian kaum di Sarawak dan bukan kerajaan untuk satu kaum sahaja.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Sarawak tidak boleh menjadi sebuah kerajaan tanpa adanya Cina, Melayu, Iban, Bidayuh atau Orang Ulu bersesuaian dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Sarawak.

Selain kaum, Bumi Kenyalang juga diduduki oleh bermacam-macam bangsa, agama dan budaya.

Sebagai sebuah negeri yang pelbagai kaum, Sarawak tidak mempunyai pilihan melainkan perlu hidup bersama dalam keadaan aman.

“Sama ada suka atau tidak, anda tidak boleh mengubahnya bahkan perlu mencari jalan bagaimana untuk hidup bersama.

“Ketika ini saya sebagai Ketua Menteri, jadi saya menjadi Ketua Menteri untuk semua bukan untuk kaum Melayu atau Cina sahaja.

Sehubungan itu, beliau mahu melihat kaum Cina kembali menyertai BN dalam membentuk ikatan pentadbiran yang kukuh sekali gus menjana misi negeri maju 2030.

Ketika ini hanya ada dua wakil Cina dalam kerajaan dan selebihnya Bumiputera dan yang pasti keadaan ini tidak baik untuk jangka masa panjang.

“Sekiranya situasi dan trend ini berterusan, kerajaan semua Bumiputera dan Cina berada dalam pembangkang akan membawa kepada polarisasi yang tidak sihat,” ujar Adenan lagi.


Justeru itu, kaum Cina kini perlu memikirkan kembali masa depan mereka agar dapat terlibat sama dalam pentadbiran Sarawak sekali gus tidak meminggirkan mana-mana kaum.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 26, 2014 at 6:26 PM

Entah2 kaum Cina mungkin tiada wakil dlm kerajaan Sarawak selepas PRN kelak.SUPP akan kalah teruk di bandar jika melihat trend yg lalu.Lagipun perselisihan yg dasyat dlm SUPP sekarang tidak memungkinkan SUPP boleh menang di bandar2.

Maka konflik dalaman wajib diatasi segera oleh kepimpinan SUPP.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger