Friday, April 25, 2014


Biarpun berbeza ideologi politik dan tidak pernah sesekali pemimpin BN mencerca mahupun mencaci pemimpin Pakatan Pembangkang, namun perasaan kasih dan sayang serta simpati masih tertanam di sanubari pemimpin BN.

Ini susulan daripada kesediaan Kerajaan Negeri Sarawak menanggung sebahagian daripada kos rawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Asek dari DAP, Wong Ho Leng yang kini menjalani rawatan di Singapura.

Wong Ho Leng disahkan menghidap tumor otak dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Singapura.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, bantuan kewangan itu diberikan kepada Wong atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan kerana dasar diamalkan kerajaan hanya akan membiayai kos rawatan ADUN yang menerima rawatan dalam negeri atau negara.
Sebelum ini Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mengemukakan permohonan bertulis kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar.

“Kita akan membiayai sebahagian daripada kos rawatannya. Ini dilakukan berlandaskan rasa kasihan kepada beliau,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Namun begitu, sekiranya Wong Ho Leng dirawat di dalam negara, kerajaan negeri akan bertanggungjawab sepenuhnya kerana itu adalah polisi kita,” jelasnya.


Pengumuman itu telah mendapat reaksi yang baik daripada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa beliau amat menghargai bantuan dihulurkan kerajaan negeri kepada Wong kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kewangan keluarga ADUN Bukit Assek itu.

4 comments:

  1. Niat seseorang kita tak boleh tahu. Mungkin ikhlas atau untuk menunjukkan mereka baik hati walau kepada musuh.

    Tapi di mata rakyat sudah melihat contoh bagaimana rakyat Sarawak tidak boleh tunjukkan rasa benci kepada orang Pakatan. Hadirilah ceramah mereka atau layari alam maya. Dekati usaha mereka.

    Sarawak akan berubah bersama2 Semenanjung lebih cepat dalam Pakatan. Ini kerana ketirisan kekayaan negara akan berkurangan. Kita satu negara.

    ReplyDelete
  2. Mungkin ini akan menjadi batu kepada adun2 dari dap yg akan melompat untuk meyokong kerajaan negeri sarawak. Atau dgn kata lain, lompat katak. Wakakaka..

    ReplyDelete
  3. bagi duit sapu je...lawan tetap lawan bro..pedulik apa..sesetengah manusia ni tak punya rasa malu pun....

    ReplyDelete
  4. Kerajaan BN Sarawak akan mengusulkan supaya tiada sekatan "jual beli" tanah adat di kalangan bumiputera.Pendekata jual beli atau tukar hak milik dipermudahkan.Peraturan/undang2 lapuk akan dipinda.

    Kita nak lihat apakah respons/reaksi ADUN2 PKR dan lebih2 lagi ADUN2 DAP.Kalau mereka tak sokong usul -- boleh disimpulkan bahawa mereka memang tak mau melihat tanah adat kekal di tangan bumiputera.

    Prestasi kerajaan Pakatan di Selangor tidak baik spt yg propaganda Pakatan.Cukai pintu naik,kegiatan maksiat menjadi2,cukai/lesen perniagaan naik,masalah air kian kritikal,MB dihina PKR,Dap pula nak gantikan MB,dan "a list goes on".Di Penang, tarif air naik 20%,harga rumah naik melambung,gerai2 Melayu dan India diroboh,jenayah berat menjadi2,dan "a list goes on".

    Jgn kita disogok dgn "keindahan berita maya Pakatan" tanpa melihat sendiri apa yg berlaku di depan mata.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!