KENYATAAN ANWAR IBRAHIM PASAL KEHILANGAN MH370 HANYA UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim diselar kebanyakan masyarakat Malaysia apabila sehingga kini masih belum memberikan kenyataan di manakah hilangnya pesawat MH370 seperti mana yang didakwanya sebelum ini.

Anwar sebelum ini pernah menyatakan akan memberitahu di mana lokasi pesawat MH370 pada Khamis, 10 April lepas, tetapi sehingga sekarang masih belum dimaklumkan.

Namun, seperti biasa Anwar berlakon kononnya beliau sakit dan tidak dapat memaklumkan kepada rakyat di manakah hilangnya pesawat MH370.

Terbaru, Anwar dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 dalam satu saat sekiranya diberi kuasa.

Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 5 April lalu telah menyiarkan artikel mengenai wawancara Anwar dengan majalah Southern Weekly yang dimiliki Southern Media Group China.

Artikel bertajuk satu saat yang ditulis oleh Chang Long Yan daripada Institut Kewartawanan Taima disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9.

Ketika wawancara itu, Anwar ditanya jika dirinya seorang Perdana Menteri, bagaimanakah caranya beliau menangani isu insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau hanya memerlukan waktu satu saat untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

Ini betul-betul cerita dogeng dan dilihat cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia.


Sehingga kini Malaysia bersama dengan bantuan daripada negara luar sedang berusaha mencari lokasi pesawat MH370 itu biarpun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan cacian daripada pembangkang serta berita fitnah daripada media luar negara.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 16, 2014 at 1:12 PM

Alaaah. Dia nak kejutkan DS Najib kot tu. Rakyat jangan salah sangka. Pembangkang minta debat dalam Parlimen, kerajaan takut. Rakyat yang sedar pun pening.

Media luar lagi pening dengan info berbelit2. Nak soal barisan menteri, takut2 nak jawab. Cuma tinggal pembangkang ja yang berani.

Dah ditemu ramah. Keluar kenyataan. Betul ke idak atau apa maksud satu saat kita pun tak tahu. Kenapa plak penyokong bee end kalut nak komen. Jangan suka cerita fitnah.



Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger