KARPAL SINGH: DARI MENUDUH PELIWAT KEPADA PEMBELA PELIWAT


Jika tahun 1997, ketika itu Anwar Ibrahim masih dalam kerajaan BN dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri bekas Pengerusi DAP yang juga peguam bela, Karpal Singh ‘melawan’ dengan menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat.

Alasan yang diberikan Karpal Singh pada waktu itu ialah kerana tugasnya sebagai seorang ahli parlimen yang mewakili pembangkang dan menuduh pemimpin kerajaan dengan dakwaan yang bukan-bukan.

Dan, sebaik sahaja Anwar menukar baju BN kepada Pakatan Pembangkang (PKR), peguam bela yang sama Karpal Singh menukar profesion daripada menuduh peliwat kepada membela peliwat.

Atas kapasiti peguam bela yang dibayar, Karpal Singh bukan sahaja mencemar reputasi peguam bela bahkan menunjukkan betapa Karpal bukan mahu menegak kebenaran sebaliknya hanya berpegang kepada hasil bayaran.

Membela seseorang berasaskan pendirian kumpulan merupakan fahaman ashabiyyah jahiliah sempit yang berasaskan kezaliman.

Ini sekali gus menyaksikan bahawa peguam bela pembangkang seperti Karpal Singh boleh berubah mengikut bayaran dan kepentingan politik tertentu.

Itulah sebabnya kita katakan biarlah hakim dan mahkamah yang menjadi penentu membuat keputusan.


Jika ahli politik nak buat penghakiman maka huru-haralah jadinya negara kita ini seperti mana yang sedang mereka lakukan di dalam Dewan Rakyat ketika membahaskan rang undang-undang GST.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger