HUDUD: PAS DIDESAK JANGAN TUNDUK TERHADAP TAKTIK KOTOR DAP DAN PKR


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan kesemua pemimpin DAP termasuk Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran sebulat suara bersetuju untuk tidak menerima hukum Hudud yang telah dibawa PAS Kelantan untuk dibawa ke Parlimen.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian mengenai hudud akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran untuk membolehkan hukum Islam itu dilaksanakan di negeri tersebut.

Malah, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Dato Sri Mustapha Mohamad tidak mempunyai masalah untuk menyokong pelaksanaannya bagi kesejahteraan rakyat Islam di Kelantan.

Bagaimanapun, usaha PAS Kelantan itu seolah-olah tidak mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin PAS Pusat yang pro-Anwar dan PAS Negeri melainkan mendapat sokongan daripada UMNO Kelantan.

Jika PAS tekad mahu merealisasikan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, PAS mesti meneruskan niat untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen dan tidak sesekali tunduk kepada penentangan DAP dan PKR hanya demi menjaga hati pakatan pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, perjuangan untuk menegakkan hukum Islam adalah cita-cita tertinggi penubuhan parti itu dan usaha berkenaan tidak seharusnya dikendurkan atau digagalkan hanya kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

Menurutnya, sekarang adalah waktu terbaik untuk PAS membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan mendapat kebenaran melaksanakan hukum hudud kerana Kerajaan Persekutuan dan UMNO sendiri sudah menyatakan sokongan.

"Hudud merupakan antara teras perjuangan PAS yang telah lama kita perjuangkan kerana itu tuntutan syariah. Saya harap matlamat pelaksanaan syariah lebih diutamakan daripada sebarang percaturan lain yang bersifat politik. PAS perlu pastikan jadi realiti kerana inilah yang ditunggu oleh orang Islam.



Inilah masanya PAS menunjukkan imej dan fungsinya sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang selama ini banyak dibayangi pemimpin Islam yang sekular hingga menyebabkan PAS tergelincir daripada perjuangan asal menegak syiar Islam.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 11, 2014 at 10:09 AM

PAS perlu rebutkan peluang ini.Kami juga mengharapkan peluang ini digunakan sepenuhnya.Jangan menyesal sekiranya nanti peluang ini tidak ada lagi..Janganlah ianya akan dipersoalkan nanti olah ALLAH di akhirat kelak.Apa yang PAS tunggu tunggu kan..Janji Allah pasti akan tiba..HUDUD perlu dibentangkan di parlimen secepat yang mungkin..PAS telah lama bersedia..berpuluh tahun lamanya.Jangan nanti umat Islam akan kata mana persediaan PAS selama ini kerana menangguhkan usul ini di parlimen..UMAT ISLAM AKAN BUKA MATANYA TERHADAP JANJI PAS SELAMA INI.tolong lah PAS..PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

April 11, 2014 at 10:25 AM

Akan tesingkap segalanya untuk kali ini, selama ini PAS hanya menggunakan HUDUD sebagai mainan politik semata-mata, mereka tidak ikhlas, sekarang PAS sudah masuk ke dalam perangkap yang mereka cipta, sekarang PAS tengah mencari siapa pula untuk dikambingkannnn...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger