HUDUD: PAS BERTEGAS DAN TIDAK AKAN TUNDUK TERHADAP DESAKAN DAP DAN PKR


Syabas dan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang bertegas akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

Pendirian tegas Ahmad Yakob itu bertujuan menempelak kedegilan DAP dan PKR dalam menyokong pelaksanaan hudud biarpun ia tidak melibatkan masyarakat bukan Islam.

Sebelum ini kesemua pemimpin DAP bertegas tidak akan menyokong hukum hudud yang akan dibentangkan di Parlimen termasuk pemimpin tertinggi dan kanan PKR.

Malah pemimpin PKR menegaskan bahawa Pakatan Pembangkang telah membuat keputusan jelas berhubung isu hudud pada 2011 dengan tidak akan membawa isu ini untuk diketengahkan sehingga kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mencetuskan kontroversi itu.

Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan hasrat kerajaan negeri membentangkan usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Parlimen akan datang bagi mendapat kebenaran melaksanakan hudud di negeri itu menjelang 2015.

Menurut Setiausaha Kehormat KPKK, Mohd. Adnan Mohd. Zin mendedahkan bahawa Kerajaan Kelantan menegaskan kepada mereka bahawa beliau tetap akan melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu.

"Dalam pertemuan kita tadi, Menteri Besar kata, by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun), apa halangan apa rintangan, kita tetap berusaha ke arah itu.

"Biar kita dihalang daripada menjalankan hukum Allah, masa itu kita akan tahu siapa yang hendak buat (hudud) dan siapa yang menghalang," katanya.

Secara asasnya PAS Kelantan tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan hukum hudud berdasarkan sokongan pemimpin UMNO dan BN di dalam Parlimen biarpun pemimpin DAP dan PKR menentang keras pelaksanaannya.

Juga, apakah PAS akan terus bersama dengan Pakatan Pembangkang menerusi perkembangan terbaru ini yang jelas sudah hilang kesepakatan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger