GARA-GARA GST PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK UBAH SEPERTI LANUN DI PARLIMEN


Parlimen semalam secara sebulat suara meluluskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia menjelang April 2015 dengan 118 BN menyokong dan 80 Pembangkang menentang.

Sebelum Rang Undang-Undang GST 2014 dibahaskan di Parlimen semalam, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan telah sedaya upaya menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa pelaksanaan GST ini adalah sesuatu yang baik dan memberikan kebaikan kepada rakyat berbanding dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan sekarang.

GST ini bukan asing bagi kebanyakan negara luar seperti Singapura yang telah mula mengguna pakai GST sejak tahun 1993.

Ketika mula memperkenalkan GST, Singapura hanya mengenakan cukai 3% dan kini telah meningkat kepada 7%.

Berbanding Malaysia yang hanya akan memulakan GST ini pada April 2015 hanya pada kadar 6%.

Berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang kebanyakannya membantah GST kerana kesan positif daripada pelaksanaan sistem percukaian tersebut akan mengundang malapetaka politik kepada mereka.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, pelaksanaan GST bukan sahaja mampu mengukuhkan ekonomi negara malah turut menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat.

Menurut beliau, pakatan pembangkang sebenarnya takut apabila ekonomi negara kukuh dan rakyat gembira dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan.

"Saya yakin ketakutan pakatan pembangkang terhadap GST yang kadangkala bagaikan hantu yang memburu mereka di siang hari bukanlah kerana GST tidak baik kepada negara.

"Sebaliknya, saya yakin pakatan pembangkang bimbang pelaksanaan GST akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang GST 2014 dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau memberitahu, pakatan pembangkang tidak sepatutnya menghasut rakyat untuk menentang pelaksanaan GST tahun depan.

"Biarlah rakyat menilai sendiri apabila GST dilaksanakan. Sama ada ia baik atau tidak, biarlah rakyat menentukannya," ujarnya.

Namun, Ikmal Hisham yakin impian pakatan pembangkang untuk melihat kerajaan BN tumbang selepas GST dilaksanakan tidak akan menjadi realiti.

"Apabila GST dilaksanakan, sokongan kepada BN bukan sahaja akan bertambah kukuh malah semakin meningkat khususnya dalam Dewan Rakyat.

"Situasi tersebut akan berlaku kerana apabila GST dilaksanakan, rakyat akan sedar betapa bijaknya kerajaan BN mentadbir negara sekali gus menolak segala tohmahan dan dakyah pembangkang terhadap pelaksanaan cukai ini," jelasnya.


Berikutan kejayaan pelaksanaan GST itu, beliau percaya rakyat akan menolak pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 setelah menyedari hakikat bahawa mereka hanyalah saudagar mimpi, pedagang janji dan penjual ilusi.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 8, 2014 at 11:58 AM

Wahai rakyat Sarawak dan Sabah. Kena faham maksud "mengukuhkan ekonomi negara". Dari dulu kita dah dengar ayat nih.... Adakah ekonomi diri kita sendiri sudah kukuh????

Tidak. Hutang yalah makin banyak. Hutang kereta/rumah/belajar(untuk golongan muda)/credit card. Jalan yang kita guna pun berlubang sana-sini. Kat Sarawak masih banyak jalan tanah merah yang kita kena guna.

Yang makin kukuh ialah kroni dan seangkatan dengannya. Mereka memang mahu kaya supaya boleh tabur projek supaya sokong mereka. Sedangkan itu adalah TANGGUNGJAWAB setiap PEMIMPIN. Janganlah anda ditipu lagi.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger