DAP SARAWAK SETUJU DAN DESAK PAS KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG


DAP Sarawak semalam menyokong desakan agar PAS dikeluarkan daripada Pakatan Pembangkang ekoran tindakannya membelakangi rakan parti dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR.

ADUN Piasau, Alan Ling menyokong kenyataan dan pendirian Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke agar PAS keluar Pakatan Pembangkang jika bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan atau di negara ini.

Walau apa pun halangan dan cabaran yang terpaksa diterima, DAP tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menolak hudud dan perkara ini juga berlaku ke atas PKR menerusi kenyataan beberapa pemimpinnya bahawa hudud tiada dalam agenda Pakatan Pembangkang.

Ling, setiausaha DAP Sarawak berkata, beliau amat menghormati matlamat perjuangan politik PAS namun tidak bermakna beliau atau DAP setuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud.

“Ini kerana, ia adalah bertentangan bukan sahaja dengan perlembagaan persekutuan bahkan bertentangan dengan situasi dan kehidupan masyarakat negara kita kini.

“Pendirian DAP Pusat dan DAP Sarawak amat jelas di mana pernah pada 2001, semasa Barisan Alternatif, DAP Sarawak mengambil keputusan tegas berundur daripada Barisan Alternatif jika hukum hudud dilaksanakan.

Dan, kali ini perkara yang sama berulang dan DAP Sarawak mendesak agar PAS keluar Pakatan Pembangkang.


“Ini adalah sikap DAP Sarawak yang tidak berkompromi dengan pendirian PAS sekali gus menentang pelaksanaan hukum Hudud dan mempertahankan hasrat rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ling berharap kepimpinan PAS sedar dengan implikasi tersebut dan mendahului perjuangan berasaskan permuafakatan Pakatan Pembangkang yang dipersetujui ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger