DAP SARAWAK PANDANG RENDAH TERHADAP KEUPAYAAN PKR SARAWAK DI DUN BALINGIAN


Kempen PKR Sarawak dalam PRK DUN Balingian menampakkan tiada kerjasama kukuh Pakatan Pembangkang Sarawak apabila tidak ramai pemimpin kanan DAP Sarawak terlibat sebaliknya hanya menghantar rombongan kecil sebagai menutup malu ekoran tahu PKR tiada keupayaan untuk menang dalam PRK DUN Balingian.

Malah, PAS Sarawak yang sebelum ini berminat untuk bertanding di DUN Balingian juga tidak menghantar pemimpin kanan sebaliknya menghantar rombongan PAS Miri bagi memenuhi ruang kempen biarpun tidak berucap atau berceramah.

Biarpun menyedari BN Sarawak mampu menang besar dalam PRK DUN N.51 Balingian namun BN tetap menganggap PRK Balingian ini merupakan pilihan raya yang harus dimenangi dengan kerja kuat demi membuktikan kepada rakyat BN masih relevan kepada rakyat.

Kesemua komponen BN Sarawak turun berkempen sama ada PBB, SUPP, PRS dan SPDP memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap calon BN-PBB Yussibnosh Balo sehingga mencatat kejayaan besar dengan majoriti tinggi biarpun dengan kehadiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Selepas pengumuman kemenangan besar BN pada jam 7.45 malam, kemenangan besar BN dengan majoriti sebanyak 6,911 undi melebihi majoriti 5,154 undi pada PRN Sarawak lepas sememangnya telah dijangka menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Menurut Chong, kekalahan PKR Sarawak dalam PRK DUN N.51 Balingian sememangnya sudah dijangka.

Atas sebab itu, DAP Sarawak tidak kuat berkempen kepada calon PKR, Abdul Jalil Bujang berbanding PKR Sarawak yang menggerakkan semua PKR di Sarawak berkempen di setiap 21 Daerah Mengundi di DUN Balingian.

Katanya sebelum PRK berlangsung Sabtu lalu, beliau sememangnya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PKR tidak mempunyai peluang untuk memenangi kerusi Balingian.

Tidak cukup dengan itu, PKR Sarawak terpaksa memanggil Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ke Balingian biarpun terpaksa berhadapan dengan mahkamah ekoran kes liwatnya dengan Azizan.


Malah, PKR Selangor bersama dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga turun berkempen di Balingian namun, tidak berupaya membendung sokongan rakyat terhadap BN yang terbukti menunaikan janji.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger