DAP SARAWAK MAHU ‘UBAH’ PEMIKIRAN BUDAK SEKOLAH


Politik DAP kini bukan sahaja untuk orang dewasa yang boleh mengundi, tetapi juga kepada kanak-kanak dalam menyemai slogan ‘Ubah’ yang dilihat kreatif.

Dalam suatu iklan yang dikeluarkan, DAP Piasau akan mengadakan pertandingan syarahan bagi merebut Piala Ubah yang akan diadakan pada 27 April 2014 (Ahad) dan bertempat di Kompleks My Mall Lutong.

Syarahan ini terbuka kepada semua pelajar yang berada di dalam tahun empat hingga enam dan diadakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin dengan tajuk syarahan ‘Sekiranya Saya Perdana Menteri’.

Johan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 berserta trofi dan sijil, naib johan RM100 berserta trofi dan sijil dan ketiga RM50 berserta trofi dan sijil.

Bagi yang berminat yuran sebanyak RM20 akan dikenakan dan ini pastinya tidak mempunyai masalah kepada penduduk di Miri khususnya masyarakat Cina.

Bagi penganjur, Lee Kok Hock memberitahu Pusat Komuniti Parti Tindakan Demokratik (DAP) Piasau akan menganjurkan pertandingan syarahan bagi merebut ‘Piala Ubah’ untuk pelajar sekolah rendah di Kawasan Miri.

Pertandingan ini merupakan suatu inisiatif kreatif yang dilaksanakan DAP Cawangan Miri dan ternyata ia mempunyai niat tertentu di sebalik penganjurannya.


Dipercayai juga ini merupakan bagi suatu langkah jangka masa panjang DAP dalam menyemai sikap dan sokongan kepada DAP pada 10 tahun akan datang.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 11, 2014 at 3:46 PM

Nasib baik Pas dan PKR berpakat dengan DAP. Kalau harap kat Pas dan PKR, sampai bilapun susah nak masuk Sarawak.

Barisan yang kuat perkauman ni kalau sama bangsa Melayu dorang dengki sangat. Kalau dengan DAP dorang malu skit, takut semua cina terus sokong Pakatan.

Anonymous
April 11, 2014 at 4:16 PM

APA KAU DOK MEREPEK NI MALAOUNN???

Anonymous
April 11, 2014 at 6:19 PM

Anon 4.16. Sila tanya Zahid Hamidi. Menteri kesayangan korang.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger