Monday, April 28, 2014


Konsep ‘DAP Go Rural’ dengan mengetengahkan Projek Impian Sarawak di kawasan pedalaman dan luar bandar bagi menarik sokongan masyarakat itu kepada DAP dan Pakatan Pembangkang ternyata menemui kegagalan.

Ini diakui sendiri oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa Projek Impian Sarawaj tidak memberi jaminan kepada mereka untuk mendapatkan sokongan penduduk pedalaman dan luar bandar.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata Masuk Luar Bandar (Go Rural) ialah inisiatif parti untuk memikat hati pengundi di kawasan tersebut sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Meskipun kita tidak mendapat sokongan di luar bandar, kita perlu melakukannya. Kita tidak boleh berhenti mencuba,” katanya pada Majlis Makan Malam bagi mengutip dana anjuran DAP Mambong di Siburan, dekat sini, malam kelmarin.

Sehingga kini Impian Sarawak telah menyiapkan 11 projek iaitu di Sibu, Kuching dan Bintulu sejak dilancarkan tujuh bulan lalu.

Impian Sarawak kini dalam proses melaksanakan lima projek dan mengenal pasti tujuh projek lain.

“Kita perlu lebih banyak dana dan sukarelawan untuk melaksanakan Impian Sarawak.

DAP Sarawak mengakui Projek Impian Sarawak itu memerlukan kos yang tinggi dan kini semakin meningkat di samping memerlukan pertambahan sukarelawan yang ramai.

Biarpun Projek Impian Sarawak ini berskala kecil tetapi dengan publisiti yang meluas telah berjaya meraih populariti yang banyak.

Begitupun, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di luar bandar, kerajaan BN Sarawak tidak pernah mengabaikannya biarpun terpaksa menunggu tempoh yang lama memandangkan keluasan Sarawak dan faktor bentuk muka buminya yang tidak menentu.

Sejak 51 tahun dahulu selepas menyertai Malaysia, kerajaan Sarawak tidak pernah mengabaikan pembangunan di kawasan pedalaman dan luar bandar khususnya yang melibatkan kemudahan asas dan kemudahan awam.


Justeru, tiada sebab bagi masyarakat pedalaman dan luar bandar menolak kepimpinan BN yang sehingga ke hari ini tidak berhenti-henti membantu menyediakan keperluan rakyat sama ada di kawasan pedalaman, luar bandar mahupun bandar.

5 comments:

  1. Beza projek kerajaan BN vs projek Dap apa dia? Banyak sekali termasuk perbezaan keluasan skop bantuan/projek dan agendanya.

    Keluasan skop projek DAp kecil dan setempat - dipilihkasih,atas recommendation individu berkepentingan di tempat tersebut.Contoh: membina takungan bekalan air bersih.Puncanya sungai (ulu sungai yg gradient tinggi atau curam).Biasanya "dam" sediada dan diperbaiki.Bukan banyak pun.Boleh disiap dlm masa singkat.

    Dap kumpul tenaga org kampung utk gotong royong.Kutip duit org kampung.Bukan free projek Dap.Makan malam pun tidak percuma.Makan kena bayar utk membiaya kos2 projek setempat.(Projek begini tak perlu DAp pun.Selama ini pun org2 kpg dan JKKK dah biasa buat gotong royong.Tetapi bagi DAp perkara ni baru sebab tak pernah mereka buat di bandar).

    Agenda sebenar Dap go rural adalah sebab nak undi semata2.Tu saja.

    Cuba minta DAp bina jambatan atau jalanraya.Tak mampu Dap tunaikan.Sebab itulah awal2 lagi Dap dah pilihkasih kawasan/kpg yg nak di"majukan" Dap melalui projek Dap Go Rural.(Dap tiada projek utk bandar2.Mereka hanya menyalak kuasa tempatan spt Majlis2 kuasa tempatan utk menyelesaikan masalah.Parit tersumbat Dap minta Majlis daerah uruskan.Dap tak keluar sesenpun)Maka kita tertanya2 kemana "duit" DAp dibelanjakan?

    letih dah.sekian.

    ReplyDelete
  2. Jika benar, ini membuktikan DAP serta Pakatan memang hebat. Mengakui kelemahan serta kesilapan. Ayuh, teruskan perjuangan demi Malaysia tercinta.

    Bukan seperti barisan yang selalunya menceritakan kejayaan sahaja. Hampir tiada kelemahan.

    Mari ubah ke Pakatan.

    ReplyDelete
  3. Cannonkapit. DAP dan Pakatan memang ambil sumbangan dari orang ramai. Tiada paksaan. Kami di Semenanjung selalu beri sumbangan dalam ceramah walau RM1.00. Pemimpin Pakatan bukan kaya raya nak pergi seluruh Malasia berkempen. Mana nak sara anak bini lagi. Semuanya tujuan satu, bekerjasama menentang kerajaan yang mengkayakan kroni.

    Itulah bezanya dari barisn yang ambil duit orang ramai tanpa pengetahuan untuk tujuan parti.

    Satu lagi pemikiran sama tahap sesetengah penduduk kampung Semenanjung.

    Memanglah DAP tak boleh buat jambatan/jalan. Ini kerana DAP tak memerintah. Kalau DAP atau Pakatan memerintah, merekalah yang bertanggungjawab binanya. Sekarang barisan memerintah dialah yang kena buat jambatan/jalan.

    Malangnya jambatan yang dibuat tak cukup. Jalan pula banyak tanah merah. Kesian orang Sabah Sarawak yang kaya dengan hasil bumi di kebas orang. Jangan marahkan komen yang betul tapi...Sama2 kita berubah dan bekerjasama jatuhkan barisan dan naikkan Pakatan pru nanti demi untuk Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga rumus sdr.Kita jgn menidakkan sumbangan besar BN dlm pembangunan negara.Betul tak?Penang,Selangor dan Kelantan - di bawah PR - ada program ke arah membasmikan kemiskinan,ada program rumah murah utk rakyat miskin ?Kita tidak menafikan kerajaan PR di Kelantan dah berapa tahun gagal membawa pembangunan fizikal di negeri itu.Betul tak?

      Kita lihat dan tunggu apa DAP boleh buat utk menaik taraf kehidupan kami di Sabah dan Sarawak.Kalau nak tunggu DAP membentuk kerajaan di Sabah dan Sarawak sampai bila ya??Jgn berteori bahawa kerajaan baharu boleh buat lebih baik.Lihat saja Penang.Tak lebih baik drp BN.

      berhenti di sini.Terima kasih anon 1:o7PM.

      Delete
  4. Go Rural or Go To Hell? kalau nakkan sokongan Melayu, gi sunat dulu lah....jangan mimpi.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!