BERSIH DAN PAKATAN PEMBANGKANG MENOLAK PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini pernah mengumumkan sudah tiba masanya persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen disebabkan kesesakan pengundi berdaftar dan tempoh masa mengkaji semula persempadanan semula telah matang mengikut perlembagaan.

Ketika ini Malaysia mempunyai 222 Parlimen dan 13,105,407 pengundi mengikut daftar pemilih November 2012 dan digunapakai dalam PRU-13.

* Jumlah pemilih setakat daftar yang diwartakan pada 27 November 2012 
Begitupun, PKR bersama BERSIH dikatakan menolak cadangan dan saranan SPR bahawa persempadanan semula perlu bagi memastikan setiap pengundi berdaftar berpeluang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai sebuah negara demokrasi.

Dalam Taklimat Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya atau Delineation, Action and Research Team (DART) di Bintulu anjuran BERSIH dengan kerjasama PKR Cabang Bintulu yang diadakan pada hari ini (Sabtu) bertempat di Tingkat 8, Li Hua Hotel, Bintulu secara sebulat suara menolak cadangan SPR untuk mengadakan persempadanan semula dengan alasan ia memberi kelebihan kepada BN untuk terus mengekalkan penguasaan dalam pilihan raya.

Hadir sama pada taklimat itu ialah Pengerusi BERSIH, ADUN N.59 Kidurong, Chiew Chin Sing, Pengerusi PKR Cabang Bintulu, Abdul Jalil bin Bujang serta bebera pemimpin PKR Cabang Bintulu dan DAP Bintulu.

Secara sebulat suara PKR bersama DAP Cabang Bintulu menolak persempadanan semula yang dianggap tidak adil kerana memberi kelebihan terhadap BN untuk memenangi pilihan raya.

Persempadanan semula diyakini akan menambah kuota kerusi BN yang disifatkannya sebagai tidak adil.

Mengikut SPR, prinsip-prinsip perlunya persempadanan semula kawasan pilihan raya di Malaysia disebabkan beberapa faktor menurut peruntukan Perkara 116 dan 117 - adalah seperti berikut :-
  1. Di samping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi,  bahagian-bahagian pilihan raya patutlah disempadankan supaya tidak merentasi sempadan Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan;
  2. Perhatian patutlah diberikan kepada kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian pilihan raya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu;
  3. Bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya; dan
  4. Perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.

SPR menggesa Pakatan Pembangkang menerima persempadanan semula biarpun mengakui tidak perlu merujuk mana-mana parti politik dalam urusan persempadanan semula kawasan pilihan rayakerana ia menguntungkan semua pihak.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan ialah pada 2003.

Proses itu pernah dijalankan pada 1958, 1974, 1984 dan 1994. Semua persempadanan semula dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun kecuali antara 1958 dan 1974 (16 tahun) dan 1994 hingga 2003 (9 tahun).

SPR juga dijangka mula menggunakannya dalam pilihan negeri Sarawak pada 2016 nanti.

Sehingga kini, Sarawak mempunyai 71 DUN dengan jumlah pengundi sebanyak 1,069,654 pengundi.

"Proses persempadanan ini akan dijalankan serentak melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Manakala, SPR bercadang akan menggunakan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi negeri Sarawak yang dijadual berlangsung pada Jun 2016 (setelah mandat kerajaan negeri berakhir).
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 6, 2014 at 8:53 AM

Kalau ditunggu persetujuan DAP samapai bila pun parti cauvinis perkauman tersebut tak akan bersetuju dgn SPR.Dap akan hanya akan bersetuju dgn persempadanan di bandar2 sahaja sebab di situ majoriti sokongan mereka.Mereka tak akan peduli tentang kawasan2 kaum bumiputera.

Pihak SPR tak perlu melayan kehendak sempit parti cauvinis spt Dap.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger