BEKAS TIMBALAN KETUA PEMUDA PBB CAWANGAN PELAWAN MENANG JAWATAN KETUA PKR CABANG SIBU


Hanya kerana perpaduan parti, calon Ketua Cabang PKR Sibu, James Ansa telah menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut sekali gus memberi laluan kepada seorang lagi calon Ketua Cabang PKR Sibu, Abdul Rafidin Majidi untuk bertanding dan seterusnya menang tanpa bertanding.

Penarikan diri James itu sekali gus memberi kemenangan tanpa bertanding kepada untuk jawatan ketua PKR Cabang Sibu yang baharu bagi menggantikan Simon Tiong yang tidak mempertahankan jawatannya itu.

Menurut Rafidin, penarikan diri James daripada bertanding merebut jawatan itu adalah hasil perbincangan di kalangan ahli parti.

Kebanyakan ahli parti mahu Rafidin menjawat jawatan Ketua Cabang PKR Sibu dan disebabkan itu mereka mahukan tiada pertandingan dalam pemilihan kali ini.

Dengan penarikan itu calon Ketua Cabang PKR Sibu, James Ansa akan dilantik sebagai Naib Ketua PKR Cabang Sibu bersama Mohd Ali.

Manakala, jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Sibu akan disandang Ngo Choon Chieng yang turut menang tanpa bertanding.

Melihat kepada kedudukan jawatan PKR Cabang Sibu memperlihatkan parti itu dianggotai pelbagai kaum sekali gus mengelak berlakunya perpecahan di kalangan ahli parti.

Sebaik sahaja selesai pemilihan jawatan kepimpinan PKR Cabang Sibu, kini tumpuan mereka pastinya melakukan persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Yang pasti, kempen mereka akan lebih tertumpu pada semua rumah panjang yang ada di kawasan Sibu ini selain memfokuskan kampung dan kawasan perumahan.

PKR Cabang Sibu kini dalam usaha mengintai kerusi DUN Nangka dan DUN Bawang Assan menjelang PRN Sarawak Ke-11 akan datang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger