BARU BIAN CABAR ADENAN SATEM !!!


Sebelum ini Naib Presiden PKR, N. Surendran dikatakan mahu mencabar Kerajaan Negeri Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak ekoran tindakan tidak membenarkan pemimpin kanan PKR Pusat memasuki Sarawak sempena PRK N.51 Balingian yang menyaksikan PKR kalah teruk.

Dalam pada itu, PKR Sarawak menerusi pengerusinya, Baru Bian menegaskan mereka akan memfailkan cabaran larangan itu yang disifatkannya sebagai tidak adil kepada PKR Sarawak.

Sebelum ini, kerajaan Sarawak telah melarang empat pemimpin PKR Pusat daripada memasuki Sarawak antaranya Naib Presiden PKR, Tian Chua, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Raifizi Ramli.

Menurut Baru Bian, perkara itu telahpun dibincangkan bersama Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Rafizi di pejabat Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Sibu baru-baru ini.

“Kami telah membincangkan aspek undang-undang dan kami buat masa ini cuba mendapatkan kenyataan daripada keempat-empat pemimpin terbabit seterusnya menyediakan dokumentasi.

“(Kali ini) kami bernasib baik kepada undang-undang yang telah dipinda yang membolehkan kami memfailkan semakan semula kemudian.

“Sebelum ini, semakan semula kehakiman hanya 40 hari tetapi sekarang dipanjangkan kepada tiga bulan.


“Sekurang-kurangnya ada masa untuk kami membuat persiapan memandangkan buat masa ini, kami sangat sibuk dengan pemilihan perwakilan parti,” katanya pada sidang media.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 6, 2014 at 9:05 AM

Seorg ahli politik Sabah yg kerap ke Sarawak menabur firnah dan hasutan juga perlu dicegah/larang masuk Sarawak.Beliau cuba menanam sentimen kebencian yg melampau terhadap UMNO.Melalui partinya atau NGO tertentu beliau mempolitikkan banyak "isu" spt hak2 Sabah dan Sarawak melalui 18/20 "points".Minat pihak tertentu memantau kegiatan ahli politik Sabah tersebut.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger