BAGAIMANA BENDERA ISRAEL BOLEH BERKIBAR MEGAH DI SABAH?


Ketika ramai pemimpin politik menyaksikan marahnya Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh ke atas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi hanya kerana cadangannya supaya pulau-pulau terpencil di Sabah yang mengusahakan pusat peranginan ditutup bagi melindungi keselamatan penduduk dan pelancong, timbul persoalan bagaimana bendera Israel boleh berkibar megah di Sabah?

Pusat peranginan di Tuaran, Raintree Beach Resort telah mengibarkan bendera Israel bersama dengan beberapa bendera negara lain termasuk Malaysia di pusat peranginan itu.

Alasan pemilik pusat peranginan itu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut sangat tidak masuk akal kerana ia terletak di bawah tanggungjawab pemilik resort.

Sebaliknya, menurut pemilik resort sebuah syarikat perfileman daripada China yang telah membuat pengambaran 'The World Stewardess Contest' di hadapan resort sejak seminggu yang lalu.

Filem berkenaan menceritakan perihal pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut.


Susulan dengan itu satu laporan polis telah dibuat di Tuaran, Sabah ekoran pengibaran bendera rejim zionis Israel di Raintree Beach Resort di sana.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 10, 2014 at 9:43 AM

Macamana boleh tak perasan? Sebenarnya sensitiviti rakyat kurang. Lihatlah pemimpin tertinggi barisan sendiri pun boleh berbaik dengan Israel.

Kejap lepas tu dia buat2 tunjuk marah dengan Israel. Madet yg dulu marah soros boleh berbaik semula. Semua lakonan jer. Korang nak buat apa lagi??? paling bestpun nanti ada pekerja resort tu kena buang kerja. Itu yang korang mahu?????

Sedar semua. Kita perlu menukar barisan dulu. Tukar mereka yang tidak teguh kenyataannya. Mari ubah kepada Pakatan.

Anonymous
April 10, 2014 at 3:55 PM

masalahnya pakatan tu la yang menyokong israel

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger