ANWAR IBRAHIM TIDAK UBAH SEPERTI WATAK SALEH KAMIL DALAM FILEM P. RAMLEE?




Apakah motif sebenar Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sanggup pergi ke Amerika Syarikat bagi memburukkan imej negara di dalam menangani isu MH370?

Sedangkan, kerajaan telus dalam memberikan perkembangan mengenai situasi semasa yang berlaku ke atas peristiwa MH370 kerana ia merupakan isu antarabangsa.

Terdahulu, Anwar sewaktu di luar negara telah menyatakan kepada media antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia telah berbohong serta menyembunyikan fakta mengenai kehilangan MH370.

Akhbar Daily Telegraph yang beribu pejabat di United Kingdom menyiarkan kenyataan Anwar yang menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan MH370 dan mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih Malaysia, Marconi.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Anwar perlu tampil memberi bukti yang jelas, bukan bertindak dengan 'berteriak' di media asing dengan membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan tanpa bukti yang kukuh.

"Menyentuh mengenai isu ini, kalau kita tengok cerita P.Ramlee, ada watak Saleh Kamil yang menjadi tali barut Jepun, adakah watak ini ada dalam negara kita sekarang?

"Itu yang membimbangkan kita kerana keadaan ini akan menyusahkan kita kerana bila krisis berlaku ada pihak yang bukan hendak membantu menyelesaikan masalah tetapi memburukkan lagi keadaan.

Jika benar kerajaan Malaysia berbohong, Anwar diminta untuk memberikan fakta dan bukti yang menunjukkan Malaysia berbohong bagi mengukuhkan dakwaannya itu.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
April 7, 2014 at 5:43 PM

Tuan. Ramai pengikut barisan tuan membantah untuk mendapatkan bukti dari Anwar.

Kesian mereka. Tuan mungkin lebih faham. Anwarlah yang mampu merobah cara kekayaan diagihkan di Sarawak. Adakah pejuang2 keadilan di Sarawak yang sanggup masuk penjara akibat di fitnah.

Setakat ini tiada lagi. Mari berubah.

peribumikenyalang
April 7, 2014 at 7:04 PM

Kami dahpun berubah tp bkn berubah ikut PKR. D Swak ni PKR x payahlah. Dua tiga org pun dah cukup. Menyesakkan shj klu ideologi politik sekadar nak cari salah org. Org Swak harus sedar nak cari silap org tu mmg kerja paling mudah tp nak tunjukkan kebajikan bkn semudah hasrat 'ubah'oleh PR. Sedarlah anak2 Swak jgn biarkan diri anda dijadikan alat pemusnah oleh PR. Memang patutpun mrk x dibenarkan memasuki daerah kita lantaran nak pecah-belahkan kt di Swak shj.

Anonymous
May 1, 2014 at 1:03 PM

Semua orang tahu kenapa PKR ditubuhkan,untuk siapa? dan orang kuat parti itu pun mempunyai kepentingan sendiri walaupun mereka tahu mana yang betul atau tidak tapi demi kuasa mereka mengenepikan bagitu saja, yang kesiannya ahli jadi ketua cawangan pun dah rasa besar berebut2 manalah tahu kut satu hari boleh jadi menteri, berubahlah kehidupan. betul tak betul tak penting asal berkuasa, tak bolehlah nak menyalahkan kerajaan sekarang ni sema je mana yang lebih baik tak de pun?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger