Friday, April 25, 2014


Ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan di Kuching pada 23 April lepas di hadapan Ibu Pejabat PKR Sarawak, Batu 3, Kuching lepas menjadi pentas kepada Anwar Ibrahim untuk memohon penyokong-penyokongnya mendoakan agar beliau berjaya dalam rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan hari ini.

Biarpun ceramah Reformasi 2.0 itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, Anwar tetap mengharapkan agar penyokongnya berdoa terhadapnya dengan mengatakan proses rayuan kes liwat beliau kini berhadapan masalah.

Kesukaran timbul apabila peguamnya mendiang Karpal Singh meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Mahkamah menetapkan semalam sebagai hari terakhir bagi Anwar mengemukakan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati dirinya bersalah sebelum ini.

Seperti biasa, Anwar cuba mereka-reka cerita kononnya beliau akan dikenakan penjara dengan tambahan 10 tahun lagi jika disabitkan kesalahan.

“Sebulan atau sebulan setengah lagi saya masuk semula penjara untuk lima tahun tetapi mungkin mereka tambah 10 tahun lagi,” katanya pada himpunan yang antara lain turut menampilkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai penceramah.


Anwar berkata, beliau terpaksa datang ke Kuching dengan memberi notis singkat kerana bimbang ia adalah peluang terakhir dalam tempoh beberapa tahun untuk berbuat demikian jika dipenjarakan kelak.

1 comment:

  1. Anwar merayu simpati.Bukan saja kali ini kali terakhir beliau menjejak kaki di Sarawak bahkan boleh diandaikan beliau mungkin tak akan ke Sarawak lagi.Sebabnya:Anwar akan masuk jel selama 5 tahun.(Harapan nak menang kes rayuan tipis sekali.Anda tau sebabnya.)Apabila keluar jel selepas tahun beliau dah semakin tua dan mungkin nyanyuk.Maka kudrat dan tenaga tak larat lagi datang ke Sarawak.)Kita ucapkan selamat kpd beliau.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!