ANWAR IBRAHIM BERSALAH DAN KEKAL PENJARA 5 TAHUN


Mungkin bagi Anwar Ibrahim, turun naik mahkamah sepanjang 6 tahun ini dan mencatat rekod 60 lebih kali penundaan keputusan mahkamah adalah bertujuan untuk melepaskan diri daripada kesalahan meliwat sekaligus membuatkan penyokongnya dan Pakatan Pembangkang lega akan keputusan mahkamah pada awal Januari 2012.

Namun, selepas berjaya mendengar keterangan pembelaan dari kandang tertuduh (Anwar Ibrahim) berhubung kes kes liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Mahkamah Rayuan sebulat suara bersetuju keterangan itu merupakan penafian semata-mata.

Mungkin disebabkan Anwar tahu bahawa kes liwatnya memang tidak dapat menyelamat dirinya maka tertuduh (Anwar Ibrahim) tidak langsung menafikan berada di tempat kejadian pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Menurut tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi, pembelaan yang boleh dipercayai adalah bersandarkan kepada keterangan yang menjawab segala bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tanpa boleh dipertikai.

Selain tempat dan waktu kejadian, Anwar juga tidak menafikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium itu pada waktu kejadian, selain tidak mempertikaikan keterangan bahawa dia dilihat memasuki lif ke tingkat lima dan kemudian meninggalkan bangunan tersebut.

Juga, Anwar selaku responden juga tidak mempertikaikan bahawa mangsa yang ketika itu pembantu peribadinya telah membawa sampul berkenaan dan menyerahkan kepadanya dalam pertemuan di kondominium itu.

Sehubungan itu, panel tersebut menyatakan, panel berkenaan berpuas hati bahawa keterangan pembelaan dari kandang tertuduh yang dikemukakan oleh Anwar hanya penafian semata-mata kerana ia tidak menyangkal pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang tidak berpuas hati terhadap keputusan hakim Mahkamah Rayuan berhubung perbicaraan liwat ketua mereka, sila layari penghakiman penuh tersebut boleh dibaca diinternet melalui pautan ini. 

Justeru itu, keputusan keputusan panel tiga hakim yang turut dianggotai oleh Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh pada 7 Mac lalu yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, enam tahun lalu adalah tepat berasaskan kepada pembelaan yang tidak berasas.

Anwar memfailkan rayuan pada 10 Mac lalu untuk mengetepikan hukuman dan sabitan tersebut manakala pihak pendakwaan turut memfailkan rayuan balas untuk menambah hukuman penjara.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Dakwaan terhadap Anwar dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger