AHLI PARLIMEN AMPANG BUAT TIDAK TAHU PASAL AKTIVITI 'TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY'


Aktiviti persundalan dan kemaksiatan kini secara terang-terangan diadakan di Malaysia tanpa sebarang pemantauan daripada pihak berkuasa.

Malah, lebih teruk lagi ada Ahli Parlimen di kawasan tersebut yang tidak mengambil endah akan aktiviti persundalan yang berlaku di kawasannya.

Lebih sedih lagi, tiada sebarang tindakan yang diambil mahupun kenyataan media mengenai larangan aktiviti tersebut biarpun ia secara terang diadakan di kawasan seliaannya.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan DBKL, aktiviti tersebut dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 11 April 2014 (Jumaat). Semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak DBKL.

Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ia tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan. Penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa kelulusan lesen daripada DBKL.

DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.


Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April 2014) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
April 10, 2014 at 10:16 AM

bodoh jugak ko ni rupenye eh, jalan ampang ngan ampang taktau beza. gile loser wei, malu BN je. keluar BN la wei, hina sungguh nampaknya penyokong BN ni. memalukan orang lain.

BTW, Nihonkan tu orang MCA punya. cuba teka sapa? hehehehehhehehe

Anonymous
April 10, 2014 at 11:32 PM

sabar bro, kita kena redha dgn kebodohan dia. DBKL mungkin bg dia bwh PKR. hahaha. org nak buat blog, dia pon nak buat jugak.

Anonymous
April 14, 2014 at 2:30 PM

Ramai MCA lompat parti masuk DAP atas dasar rasis.

Anonymous
April 14, 2014 at 2:43 PM

Mengapa MAIWP tak serbu mesin JACKPOT di Nihonkan.... ramai jugak Melayu main disana. Yg bankrup Melayu yg kaya Cina.(tauke Masin)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger