ADUN DAP SELANGOR PERTIKAI PEMOTONGAN ELAUN UNTUK TABUNG KEBAJIKAN


Isu kenaikan elaun Menteri Besar, Timbalan Speaker dan EXCO Kerajaan Selangor sebelum ini masih belum tamat dan kini muncul isu terbaru di mana usul pemotongan elaun tersebut untuk Tabung Kebajikan telah dibentangkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Susulan dengan itu, beberapa EXCO Selangor khususnya daripada kalangan DAP membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan terbaru Menteri Besar Selangor.

Menurut Ng Suee Lim, ADUN DAP Sekincan berkata pemotongan itu tidak perlu dilaksanakan malah menyifatkan kenaikan gaji dan elaun adalah hak mereka.
  
“Saya (Ng Suee Lim) tetap berpendirian bahawa elaun ini tidak perlu dipotong kerana ia dibuat bukan atas dasar suka-suka tetapi diluluskan oleh persidangan sebelum ini”.

Kata Ng Suee Lim lagi kenaikan gaji serta elaun yang berkuat kuasa awal tahun ini dilaksanakan berikutan rizab negeri Selangor yang tinggi dan rakyat Selangor pastinya memahami keadaan itu.

Pendapat sama turut disuarakan Lau Weng San, ADUN DAP Kampung Tunku yang mempersoalkan pelaksanaan pemotongan itu malah menegaskan kenaikan gaji serta elaun sudah diperkenankan Sultan Selangor pada persidangan sebelum ini.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger