ADUN DAP SELANGOR PERTIKAI BIROKRASI KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR


Bukan ADUN BN, tetapi ADUN Pakatan Pembangkang sendiri yang mengeluarkan kenyataan mengenai sikap birokrasi Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor.

ADUN DAP Sekinchan membidas jabatan kerajaan negeri Selangor yang diselubungi kerenah birokrasi sehingga menyusahkan rakyat yang berurusan dengan jabatan terbabit.

Ng Sue Lim berkata, setiap jabatan perlu mematuhi piagam pelanggan yang menetapkan tempoh masa tertentu bagi memproses setiap permohonan yang dibuat, bukannya melaksanakan kerja secara sesuka hati sehingga menjadi bahan jenaka orang ramai.

“Sebagai contoh, piagam pelanggan untuk proses rumah mampu milik ditetapkan dalam tempoh sebulan, tetapi hakikatnya ia mengambil masa antara tiga hingga enam bulan. Perkara ini adalah jelas sudah langgar piagam pelanggan yang ditetapkan.

“Selain itu, saya juga dapat aduan bahawa permohonan untuk dana Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ambil masa antara setahun dan satu setengah tahun untuk mendapat kelulusan.

“Ini tidak selari dengan piagam pelanggan yang menyatakan permohonan dana IKS akan diproses dalam tempoh enam bulan, ” ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sue Lim berkata, lebih mengecewakan, permohonan kewangan seperti tuntutan bayaran elaun yang sepatutnya diproses dalam tempoh tiga hari bekerja tetapi ada kakitangan kerajaan mengambil masa sehingga tiga bulan sebelum ia diluluskan.

Ini baharu satu atau dua isu, tetapi banyak lagi isu birokrasi yang akan didedahkan ADUN terutamanya ADUN BN yang bertindak sebagai pembangkang.


Bagaimana nak selesaikan masalah ini sekiranya ADUN Pakatan Pembangkang sendiri tidak dapat bekerjasama dalam sesebuah Pakatan dengan asyik menuduh dan menunjukkan kesalahan orang lain.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger