ADENAN: SARAWAK BERTEGAS DENGAN TIDAK MEMBENARKAN PELAMPAU MEMASUKI SARAWAK


Jika selama ini pemimpin Pakatan Pembangkang menganggap kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebagai dianggap masih ‘baharu’ ternyata itu sudah meleset.

Mana tidaknya, ketegasan Adenan dalam pentadbirannya mula terserlah apabila beberapa pemimpin kanan PKR dan DAP Pusat yang cuba memasuki Sarawak bersempena dengan PRK Balingian tidak dapat menjejak kaki ke bumi Sarawak sebaliknya terus dihantar pulang.

Menurut Adenan, Sarawak akan bertindak tegas terhadap golongan pelampau itu datang ke Sarawak bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Ini kerana sepanjang kerajaan BN memerintah Sarawak, tiada isu atau permasalahan yang melibatkan kaum dan agama biarpun Sarawak dihuni oleh beberapa suku kaum dan agama.

“Jangan sesekali anda ikut dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia.

Jangan cuba memandai-mandai dan buat perkara yang tidak baik yang boleh menggugat keharmonian kita di sini.

“Kekalkan cara kita yang baik, saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan selagi kita tidak membenarkan golongan ektremis datang ke negeri ini saya berani jamin Sarawak akan terus selamat,” katanya.


Sebelum ini, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pernah menyatakan akan cuba membawa perkara ini (menghalang kemasukan pemimpin PKR ke Sarawak) ke peringkat mahkamah selepas berbincang dengan Anwar Ibrahim sebaik sahaja pemimpin-pemimpin kanan PKR tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada penghujung Mac 2014.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

peribumikenyalang
April 7, 2014 at 7:16 PM

Bravo...terimak kasih banyak2 TSAdenan. Ia baruk rupa gaya org Swak benar2. Lain kali benarkan bini Anwar ajak dtg.... senang nak ngembaknya berambeh bah..hehehe. Anwar jgn... ngaco jak...sik tekabir mun dipolahnya nok ya kelak...mati aku..eh mati aku...sj nak melatah dikit2.

terubokmasin
April 8, 2014 at 2:59 AM

Hai wai, sigik nyukong kami enggau TS ya. Patut digelar Bujang Sarawak tau ka Bujang Sigat. Yes...yes yes yes. Dont let Swak fall into Anwar's crooked hands.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger