ADENAN: KETUA MENTERI TIDAK HANYA UNTUK SATU KAUM SAHAJA


Sarawak yang didiami lebih 27 suku kaum dan pelbagai agama perlu bersatu bagi menggambarkan kesejahteraan hidup di bawah pentadbiran kerajaan BN.

Sebagai Ketua Menteri Sarawak, ia tidak boleh menjadi ketua untuk satu kaum sahaja sebaliknya untuk semua kaum.

“Jika kita berpegang kepada prinsip ini iaitu sedia untuk berkongsi kuasa maka selamatlah negeri dan negara ini.

“Begitulah yang telah dicapai dan ditunjukkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya,” kata Adenan.

Lihat sahaja pemimpin ADUN Sarawak yang dianggotai pelbagai kaum, daripada suku kaum terkecil sehingga kepada kaum yang besar.

Mengamalkan perkongsian kuasa bukanlah suatu yang baharu bagi Sarawak kerana ianya telah diamalkan sebelum menyertai Malaysia lagi.

Kebelakangan ini orang Cina dilihat tidak mahu menyertai kerajaan BN dan pada Pilihan Raya Negeri 2011, daripada 55 kerusi yang diwakili BN hanya dua diwakili orang Cina.

Sebaliknya bagi pembangkang, daripada 16 kerusi yang diwakili oleh pembangkang 14 daripadanya diwakili oleh orang Cina.

“Keadaan ini perlu diselesaikan pada masa akan datang sama ada orang Cina mahu menyertai kerajaan atau sebaliknya.

Berdasarkan kepada perkembangan positif PRK Balingian, jelas menunjukkan pengundi Cina khususnya di kawasan bandar mula menyokong dan memihak kepada BN.

Kaum Cina yang tinggal di bandar harus mengakui bahawa kehidupan mereka di bandar sentiasa terjamin dengan pembangunan, pendidikan dan keselamatan.

Begitupun, seperti kaum lain juga beberapa kepentingan perlu dikaji semula dan ini boleh dilakukan dengan berbincang dan duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian.

“Bagaimanapun kita perlu berusaha dan memastikan semangat hormat-menghormati antara satu sama lain terus terpelihara,” tambah Adenan.


Untuk itu, kaum Cina digesa untuk terus menyokong kerajaan bagi memastikan kelangsungan hidup.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger