500,000 AHLI PKR TENTUKAN PEMILIHAN JAWATAN PRESIDEN DAN JAWATAN LAIN PKR


Umum mengetahui Pemilihan PKR 2014 kali ini cukup unik di mana si suami akan bertanding menentang si isteri dalam merebut jawatan Presiden PKR.

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail akan ditentang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga suaminya.

Persoalan sekarang, siapakah yang akan menjawat jawatan Ketua Umum PKR selepas penyandangnya, Anwar Ibrahim akan bertanding dalam jawatan Presiden?

Menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, berdasarkan syarat dan peraturan pemilihan PKR, calon yang disahkan layak bertanding boleh menarik diri sebelum senarai pencalonan dimuktamadkan pada 10 April ini.

Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Sehubungan itu, terpulang kepada 500,000 ahli PKR di seluruh negara untuk mengundi bagi menentukan calon-calon yang sesuai bagi mengisi jawatan PKR bagi penggal seterusnya.


“Akhirnya, ahli parti juga yang akan menentukan. Kita ada 500,000 ahli. Dengan sistem kita iaitu seorang ahli satu undi, setiap ahli mempunyai nilai undi yang sama untuk memilih pemimpin,” katanya.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

April 8, 2014 at 7:15 PM

Betulkah PKR ada setengah juta ahli? Penyokong pun belum pasti banyak tu.Betulkah setiap ahli boleh mengundi??Tiada pun cerita/makluman perihal tersebut.Agak2 Fauziah mengigau.atau pun sengaja buat bohong.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger