38 AHLI PARLIMEN DAP MENOLAK PELAKSAAN HUKUM HUDUD TAMPARAN HEBAT BUAT PAS


Apa lagi PAS mahukan dalam Pakatan Pembangkang kerana kini PAS secara berseorangan memperjuangkan hukum hudud selepas DAP sebulat suara menolak permohonan PAS dalam menyokong membentangkan rang Undang-Undang Hudud di Parlimen.

Demikian juga PKR di mana yang diperjelaskan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa PKR seperti DAP menolak pelaksanaan hukum hudud.

Terbaru, DAP menegaskan, kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan itu juga akan melobi 46 Ahli Parlimen BN bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Kerajaan PAS Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Malah katanya, pendirian PAS untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum Pakatan Pembangkang wujud.

PAS Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Untuk memastikan hukum hudud yang diperjuangkan PAS itu dapat dilaksanakan, PAS memerlukan sokongan majoriti 222 Ahli Parlimen yang pastinya mendapat bantuan daripada Ahli Parlimen BN.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
April 15, 2014 at 4:27 PM

Harap orang Sabah Sarawak jangan tertipu isu hudud. Yang jelas barisan benar2 berharap Pas teruskan isu hudud. Pada masa sama barisan benar2 berharap DAP menentang.

Batu api. Bermuka2. Itulah barisan. Itulah juga sikap mereka dalam isu nama ALLAH. Nampak macam dua undang2 berbeza diantara Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam satu negara.

Sikap pecah dan perintah. Lebih ramai yang mundur lebih baik, tapi dalam media nakkan negara maju. Lihatlah rakyat Sarawak terutama orang muda.

Isu hudud ni akan diselesaikan cara baik dalam Pakatan.

Anonymous
April 15, 2014 at 5:01 PM

Malaysia ini kan NEGARA ISLAM di mana ISLAM adalah Agama Persekutuan - jadi apahal perlu meminta KEBENARAN si PENDATANGKAPIRDAJAL DAPBANGKAI/MCA-GERAKAN-MICDALANGDUAMUKA dll, utk. melaksanakan HUKUM ISLAM berdasarkan undg-undg SYARIAH?

Aku syak habis ulama-ulama TULEN dlm PAS diBUNUH seorg. demi seorg - disyaki diracun, termasuk yg. boleh sebabkan lemah jantung/kanser dsbnya - oleh si KAPIRDAPBANGKAI/PKRPELIWAT (yg. merupakan ejen Barat-ZIONIS dan racun kimia utk sebabkan kanser/lemah jantung adalah MO biasa Barat-ZIONIS)!

Dan dah tiba masanya undg-undg SYARIAH dibuat menjadi lebih berkuasa dr. undg-undg KAPIR Barat-ZIONIS! Apahal Malaysia sbg. NEGARA ISLAM, nak TUNDUK-mcm-KULI pd falsafah dan undg-undg "demokrasi/hak asasi/kebebasan mutlak" LIBERAL SAMPAH si KAPIR Barat-ZIONIS! Kononnya falsafah, budaya dan undang-undang KAPIR Barat-Zionis yang 'terbaik' - sedangkan gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus MEMUJA wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. Awam/ketagihan dadah,-alkohol-perjudian/MEROGOL BINATANG dsbnya - akan terus MENJAHANAMkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam/Melayu, terutamanya jenerasi muda kita (lihat pesta dadah tempoh hari)!

Lihat akhbar(ANTI-ISLAM) di http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2561478/Miley-Cyrus-gives-away-gold-leaf-rolling-papers-wearing-marijuana-leaf-leotard-Bangerz-tour-Canada.html , Miley Cyrus gives away rolling papers made of GOLD before wearing marijuana leaf leotard on Bangerz tour in Canada, By Daily Mail Reporter, 17 February 2014; dan di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html , Bestiality brothels are 'spreading through Germany' warns campaigner as abusers turn to sex with animals as 'lifestyle choice' By Matt Blake, 1 July 2013 !

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous
April 15, 2014 at 5:19 PM

Kalau dah boleh selesai cara baik ,apa gaduh-gaduh selesaikan lah.jangan pula hudud jadi bahan sandiwara utk tipu mat kopiah.Mufti Kelantan kata dah boleh laksanakan hdudu,infra dha cukup sedia,Pas kena buat.Kalau main-mainkan hukum Allah nanti dapat laknat,jangan main-main.

Anonymous
April 15, 2014 at 5:30 PM

Anon 5.01. Dari ayat pertama saya agak anon dari sabah sarawak dimana Islam belum kukuh yang dibayangi pemimpin yang menipu rakyatnya. Belajarlah lebih lanjut apa itu NEGARA ISLAM yang sebenarnya. Ia bukan pada nama atau pengisytiharan.

Cerita kotor dan ngeri yang ada dalam perenggan 3 pula sebenarnya telah menjadi biasa di negara kita yang kononnya negara Islam. Tidakkan anon perasan semua itu? Atau anon tak kisah.

PAS mengalami masalah mengenengahkan negara Islam kerana bee end selama ini sebenarnya memberi gambaran buruk tentang ISLAM itu sendiri. Islam itu keadilan. Jika tak perlu sebut nama negara ISLAM, sebut negara ADIL. Tentu penganut agama lain cepat2 join Pakatan.

Itu bukan cara Pas. Tiada penipuan. Tiada apa diselindungkan.

Tak usah bimbang. Pas tak minta pun kebenaran sesiapa. kalau betul kena minta kebenaran. Nak cakap pun tak berani. Jangan terpedaya tohmahan. Pas punya inspirasi. Tapi masa sama perlu bergabung DAP untuk menentang barisan yang korup. Itulah dinamakan kerjasama.

Hanya DAP/PKR... sanggup duduk semeja walaupun tahu tujuan Pas. Pas terus berusaha menerangkan apa itu negara Islam kepada rakannya. Walaupun dalam Pas pun masih belum kukuh. Tapi mereka berusaha. Jangan kita menentang. Kita perlu sokong. Semoga berjaya.

Anonymous
April 15, 2014 at 6:43 PM

Sesunguhnya hanya Allah Maha Mengetahui niat mereka. Hentikanlah sandiwara ini wahai PAS. Peliwat dan penzina pun boleh terlepas... peliwat bermaharajalela atas sokongan pas.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger