RAFIZI BIDAS KEIKHLASAN KHALID IBRAHIM MEMETERAI MoU DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN


Seperti biasa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menemplak keikhlasan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam memeterai MoU berkaitan air dengan Kerajaan Persekutuan.

Malah, Rafizi tanpa segan silu menggesa Khalid Ibrahim menjelaskan isi kandungan MoU antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan yang dikhuatirinya akan menyebelahi Kerajaan Persekutuan.

Dalam hal ini, Rafizi lebih mementingkan politik berbanding mengatasi permasalahan rakyat yang kini dibelenggu dengan masalah air yang sudah berlarutan agak lama sejak pemerintahan Pakatan Pembangkang.

Menurut Rafizi terdapat empat perkara yang boleh menimbulkan spekulasi terutama yang melibatkan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Saya khuatir isi kandungan MoU adalah berat sebelah yang berpihak kepada kerajaan Persekutuan dalam empat aspek.

"Aspek itu adalah projek Langat 2 hanya mengikat di pihak kerajaan negeri, tidak menyentuh tentang pemegang konsesi sedia ada, tambahan RM2 bilion tambahan dan proses kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Beliau menyebut keseluruhan dokumen itu adalah satu memorandum persefahaman sahaja yang tidak mengikat kecuali yang bersabit dengan kelulusan serta merta Projek Langat 2.

"Semua tanggungjawab kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan air hanya satu persefahaman yang tidak mengikat di sisi undang-undang.

"Tidak ada satu artikel lain pun dalam MoU itu yang dirujuk sebagai mengikat kecuali Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2.

Dalam pada itu, beliau menyentuh soal tambahan RM2 bilion untuk pengambil alihan ekuiti pemegang konsesi sedia ada.

"Dengar baik-baik. 'Artikel 4 (iii) menyebut bahawa selain daripada tawaran KDEB, kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan RM2 bilion untuk membantu Selangor dalam urusan ambil alih ekuiti syarikat-syarikat konsesi air'.

"Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi menjadikan jumlah bayaran pampasan bukanlah RM9.65 bilion tapi RM 11.65 bilion," katanya.

Sejak termetrai MoU antara kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan Persekutuan, kandungannya terus dipertikaikan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Inilah pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya mementingkan soal politik daripada memikirkan soal kebajikan rakyat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 5, 2014 at 1:19 PM

kasihan rakyat selangor inilah akibat salah pilih pemimpin

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger