PROPAGANDA PEMBANGKANG CUBA KELIRUKAN PENYOKONG AKIT SEBLI DI #PRKBalingian


Belumpun pengumuman calon bagi PRK DUN N.51 Balingian sudah kedengaran suara-suara sumbang mahu memprotes calon BN, Yossibnosh Balo dengan melaga-lagakan penyokong Akit Sebli dan Yossibnosh Balo yang juga merupakan calon yang disebut-sebut akan bertanding atas tiket BN sebelum ini.

Kedua-dua Yossibnosh Balo dan Akit Sebli merupakan Melanau Kristian dan sangat dikenali rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan Parlimen Mukah ini.

Dalam PRK DUN Balingian ini difahamkan Akit Sebli secara terbuka menyokong pencalonan Yossibnosh Balo sebagai wakil BN-PBB demi kestabilan politik di Parlimen Mukah.

Jika kedua-dua calon Akit Sebli dan Yossibnosh Balo boleh berkrompomi, kenapa penyokong-penyokong kedua-dua pihak tidak boleh bersatu dan berdamai bagi mencapai kata sepakat mengenai calon PRK DUN Balingian?

Tiada gunanya berselisih sesama sendiri jika parti kesayangan BN-PBB kalah dalam PRK DUN Balingian. Jika berlaku ternyata ia sangat merugikan BN-PBB itu sendiri dan politik Sarawak secara keseluruhannya.

Dengan mengetahui kedua-dua mereka calon yang disebut-sebut untuk mewakili BN, pembangkang cuba meracuni penyokong kedua-dua mereka sekiranya salah seorang daripada mereka akan dicalonkan sebagai calon BN.

Untuk mengatasi masalah ini, BN harus segera menyelesaikan segala persengketaan termasuklah bersikap profesional seperti mana yang telah dipersetujui sebelum ini.


Kedua-dua calon dan penyokong BN harus segera mengetahui bahawa Pakatan Pembangkang akan cuba menggunakan apa saja kaedah demi untuk melaga-lagakan perpaduan mereka demi mencapai tujuan untuk memecah undi.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger