#PRKKajang KETUA HAKIM NEGARA JAWAB PERSOALAN PAKATAN PEMBANGKANG BERKAITAN BADAN KEHAKIMAN


Bahan kempen PKR dan Pakatan Pembangkang di DUN Kajang banyak berkisar kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan hukuman penjara selama 5 tahun dan denda RM10,000 atas kesalahan meliwat.

Manakala, Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman denda terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh sebanyak RM4,000 atas kesalahan menghina Sultan Perak di mana denda ini merupakan tambahan terhadap hukuman penjara yang tidak dapat dikenakan disebabkan masalah kesihatan.

Kedua-dua keputusan ini telah dijadikan bahan kempen PKR dan Pakatan Pembangkang yang menyalahkan badan kehakiman yang dikatakan mempunyai campur tangan kerajaan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menafikan dakwaan campur tangan dalam keputusan badan kehakiman baru-baru ini dalam kes membabitkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP Karpal Singh.
  
"Saya boleh memberi jaminan tidak ada perkara seperti itu. Bagi hakim, apa sahaja keputusan yang mereka buat, perlu memberikan sebab dan sebab ini tertakluk kepada penelitian mahkamah rayuan.
  
Beliau memberi jaminan jika keputusan badan kehakiman itu salah, tidak wajar atau menyalahi undang-undang, ia akan ditukar melalui proses biasa undang-undang.
  
Ketika diminta mengulas perhimpunan haram yang dirancang pihak tertentu bagi membantah keputusan mahkamah itu, Arifin berkata ini bukan caranya untuk menyelesaikan isu.
  
"Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Harap jangan menghukum apa yang akan berlaku di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Proses (mahkamah) dapat didengar semua orang. Semua orang mendapat layanan yang sama di mahkamah," katanya.
  
Arifin berkata, badan kehakiman juga terbuka kepada kritikan tetapi ia perlu adil dan orang ramai perlu menunjukkan kepada mereka apa yang salah.
  
"Semua prosedur mencukupi bagi memastikan kebebasan dan integriti badan kehakiman tidak terjejas. Badan kehakiman adalah satu badan yang paling lemah.
  
Sesiapa sahaja boleh menyerang kami, tetapi kami tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Kami hanya boleh mempertahankan diri dalam penghakiman kami. Kami tidak boleh terus menafikan itu dan ini," katanya.

Jelas kini bahawa Pakatan Pembangkang kini kekurangan modal dan mengambil keputusan menghentam badan kehakiman hanya kerana keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka.


Andai kata jika kedua-dua keputusan itu memihak kepada mereka, apakah mereka juga akan menyerang badan kehakiman? Jawapannya, pasti tidak. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 14, 2014 at 7:16 AM

Anwar Peliwat sedap Mendubur dan Berzina / Karpal benggali Anak Haram biadap menghina Sultan tapi kenapa pula Mahkamah dan Kerajaan di persalahkan??

Anonymous
March 14, 2014 at 7:56 AM

Politik pembangkang ditahap paling rendah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger