#PRKBalingian ZULHAIDAH SUBOH KECEWA DENGAN SIKAP FUZIAH SALLEH


Ahli Parlimen Kuantan merangkap Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Fuziah Salleh terpaksa menghubungi Timbalan Ketua Cabang Miri yang juga AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh bagi mengarahkan PKR Miri datang ke Balingian dengan kadar segera bagi membantu kempen PKR.

Ini disebabkan banyak kempen PKR di beberapa kawasan daerah mengundi tidak mendapat sambutan biarpun dengan kehadiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam beberapa siri ceramah.

Tidak cukup dengan itu, PKR terpaksa mengimport beberapa ADUN PKR daripada Semenanjung untuk membantu berkempen tetapi dipercayai tidak mendapat sambutan.

Atas sebab itu, Fuziah terpaksa meminta bantuan PKR Miri yang terkenal dengan kempen aggresif mereka seperti mana yang telah ditunjukkan mereka dalam PRU-13 lepas hingga mampu membawa kemenangan kepada calon PKR di Parlimen Miri.

Arahan tersebut telah diterima Zulhaidah Suboh, tetapi menegaskan mereka memerlukan peruntukan yang banyak untuk menampung keperluan mereka sepanjang berada di Balingian.

Ini merangkumi minyak kenderaan, wang saku dan tempat tinggal serta makanan sepanjang mereka berada di Balingian. Ini kerana kebanyakan ahli-ahli PKR Miri bekerja dengan gaji hari.

Sebelum menyatakan persetujuan, Zulhaidah mahu segala keperluan yang diperlukan itu disediakan segera kerana adalah tidak adil jika perbelanjaan ditanggungnya kerana bukan beliau yang akan bertanding dalam #PRKBalingian.

Melihat kepada perbualan kedua-dua pemimpin PKR jelas menggambar PKR sendiri tidak serasi malah masing-masing berprasangka buruk biarpun mereka kononnya berjuang atas nama parti PKR.

Masing-masing demand dengan pelbagai keperluan bagi memastikan hasrat politik peribadi mereka tercapai. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

March 21, 2014 at 3:48 PM

Bukan apa,yang datang drp Semenanjung pun tak cukup peruntukan.Banyak duit diguna utk PKR di Kajang.

Zulhaidah jgn harap PKR pusat nak salurkan duit.Baharudin pun komplen sewa kerusi tak masuk akal.Ertinya beliau tak cukup duit nak sewa banyak kerusi.

Anonymous
March 21, 2014 at 9:54 PM

x mcm BN.. segalanya hentam duit rakyat duit kerajaan buat mcm duit parti sendiri untuk belanja kempen PRK.. x sedar diri punya BN...

Anonymous
March 22, 2014 at 10:50 AM

Itulah kelebihan parti yg memerintah.Pakai duit kerajaan utk rakyat juga.hehe

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger