#PRKBalingian PKR TERSALAH SANGKA PASAL ADENAN SATEM


Mungkin beliau suka bergurau juga suka berjenaka dan suka menghiburkan rakyat, tetapi tiada siapa tahu dalam kejenakaannya beliau sangat tegas khususnya dalam memelihara rakyat Sarawak.

Anggapan orang bahawa kejenakaan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem itu akan memperlihatkan kelemahannya, tetapi pandangan itu meleset.

Belumpun sebulan beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, Adenan telah menunjukkan taringnya dengan tidak membenarkan pelampau budaya dan agama singgah kakinya melepas sempadan imigresen lapangan terbang untuk menjejaki kaki di bumi Sarawak.

Ketegasan beliau bersebab dan tidak mahu melihat rakyat Sarawak yang terkenal dengan budaya sopan santun dan lemah lembut terjebak dengan budaya jahat yang cuba dibawa pemimpin pembangkang.

Selepas Adenan menyampaikan ucapannya di Kingwood Resort dengan menyatakan akan menguatkuasakan akta imigresen bagi menghalang pemimpin dan mereka yang ekstrim hingga boleh mencetuskan perpaduan kaum di Sarawak, tiada seorangpun pemimpin pembangkang yang mengambil endah kenyataan itu kecuali selepas Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution dihantar balik dan tidak dibenarkan berada di Sarawak.

Selepas Saifuddin, diikuti Tian Chua, Rafizi Ramli, Nik Nazmi dan terbaru Zuraida Kamaruddin telah tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Begitupun, beberapa ADUN yang pertama kali datang ke Sarawak dan tidak mepunyai rekod seperti ADUN DAP Howard Lee dan seorang ADUN PKR Negeri Sembilan.

Dengan membawa budaya samseng, pemimpin PKR dan DAP menjerit-jerit sambil menghentam kerajaan Bn dengan perkara yang bukan-bukan.

Hasilnya ada sebilangan penduduk Balingian kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang yang menabur fitnah kerana mereka percaya kerajaan BN telah berjaya menaikkan sosoiekonomi mereka.

Selepas beberapa pemimpin PKR dihalang memasuki Sarawak, Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam kenyataannya membidas tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak itu dan turut menyifatkan Ketua Menteri yang baru ini memang seorang yang sombong dan angkuh.

Beliau turut menyalahkan pihak Barisan Nasional di atas insiden ini sambil menuduh bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak telah mengikut telunjuk BN untuk menghalang pemimpin Pakatan Rakyat dari membantu calonnya dalam kempen sempena PRK Dun Balingian.

“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” ujar Surendran kepada media.


Jika pemimpin PKR tidak bersetuju dengan tindakan mengenakan sekatan harus diingat bahawa majoriti rakyat Sarawak bersetuju dengan ketegasan Ketua Menteri Sarawak dalam merealisasikan hasratnya untuk tidak mahu melihat pengaruh budaya samseng menular ke Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 2, 2014 at 10:37 AM

DIHARAP KERAJAAN NEGERI-NEGERI SELANGOR, KELANTAN DAN PULAU PINANG AKAN MENGHALANG PEMIMPIN-PEMIMPIN BN SARAWAK DARIPADA MEMASUKI NEGERI-NEGERI TERSEBUT SEPERTI KATA HAMURAPI, RAJA NEGERI BABYLION, "AN EYE FOR AN EYE, A TOOTH FOR A TOOTH"!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger