#PRKBalingian PKR SARAWAK MULA ALAMI KRISIS KEPERCAYAAN


Di sebalik kehangatan kempen #PRKBalingian berlaku suatu krisis kepercayaan yang membabitkan pemimpin dan beberapa petugas dari Sabah, Miri dan Bintulu terhadap pengurus kewangan pilihan raya yang diketuai Baharudin Mokhsen.

Baharudin yang juga Pengarah PRK DUN Balingian bersama Pengarah Strategi Kempen dikatakan ‘lokek’ hingga menyekat peruntukan kewangan yang digunakan dalam kempen #PRKBalingian. Akibatnya, banyak perkara yang telah dirancang untuk dilaksanakan terpaksa diketepikan akibat ketiadaan peruntukan.

Mengikut perbincangan sebelum ini peruntukan yang ada amat mencukupi bagi membiayai perbelanjaan, tetapi apabila disekat banyak perkara yang telah dicadang dan dirancang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.

Lebih mendukacitakan apabila calon PKR, Abdul Jalil bin Bujang yang bertungkus lumus berkempen dalam meraih undi dipaksa menjadi boneka di atas permainan dalaman PKR ini.

Ini sekaligus memberi banyak ruang dan peluang kepada calon BN untuk mendominasi kempen daripada segi daerah mengundi dan lokaliti.

Lebih menyebabkan PKR Sabah, Miri dan Bintulu marah apabila untuk mendapatkan peruntukan kewangan perlu mendapat restu kelulusan daripada Baharudin atau Abang Zulkifli.

Ekoran daripada itu, menyebabkan pemimpin PKR Sabah dan PKR Miri bergerak ke Kajang bagi membantu calon mereka, Wan Azizah di #PRKKajang yang dijangka menang berbanding nasib PKR di #PRKBalingian.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger