#PRKBalingian PKR SARAWAK BAGI ALASAN KENAPA CERAMAH MEREKA DI DUN BALINGIAN TIDAK DAPAT SAMBUTAN?


Kegagalan PKR Sarawak menarik perhatian penduduk Kampung Petanak Seri dalam ceramah politiknya sempena PRK DUN N.51 Balingian telah mendapat liputan akhbar tempatan Utusan Borneo.

Atas sebab itu, Ketua Cabang PKR Betong Abang Zulkifli Abang Engkeh terpaksa mencari alasan bagi menjawab persoalan wartawan itu.

Dalam jawapannya, kegagalan PKR Sarawak menarik audien disebabkan kehadiran polis yang ramai.

“Perkara ini harus diketahui oleh penduduk kampung bahawa pihak polis hanya mengawal dan menjaga keselamatan dan ia tidak seharusnya untuk ditakutkan.

“Kami membuat ceramah bukannya untuk melakukan atau menimbulkan kekecohan, lagi pun kita ada minta permit daripada pihak polis,” katanya.

Alasan itu benar-benar tidak logik kerana kehadiran polis di sesuatu ceramah politik adalah perkara biasa dan mengikut prosedur seperti mana yang terkandung dalam permit ceramah.

Polis bukan sahaja mengikuti ceramah Pakatan Pembangkang bahkan juga mengikuti ceramah calon BN agar tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Apa yang pasti sambutan dingin ceramah PKR Sarawak di Kampung Petanak Sri pada malam itu disebabkan tidak mendapat persetujuan penduduk kampung.

Kehadiran rombongan PKR Sarawak ke kampung itu disambut baik dan bersembahyang bersama tanpa sebarang masalah sehinggalah tiba mereka memulakan ceramah.

Penduduk kampung yang tidak diberitahu akan ceramah itu segera meninggalkan majlis itu biarpun telah dijemput oleh penyokong PKR.


Atas dasar kurang senang dengan tindakan calon dan rombongan PKR menyebabkan penduduk kampung enggan hadir ke ceramah Pakatan Pembangkang yang mereka sifatkan sebagai medan untuk memburukkan kerajaan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger