#PRKBalingian PENDUDUK BALINGIAN TERKEJUT DENGAN KEMPEN CERAMAH PAKATAN PEMBANGKANG


Biarpun tanpa kehadiran penuh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang terpaksa balik awal kerana perlu di Mahkamah Tinggi bagi mendengar keputusan kes liwatnya, Pakatan Pembangkang tetap bersemangat dengan kehadiran beberapa pemimpin DAP dari Perak dan PKR dari Negeri Sembilan.

Bermula jam 7.00 malam dimulakan dengan ceramah Anwar yang sempat bercakap kurang 15 minit sebelum meninggalkan majlis untuk menuju ke Lapangan Terbang Sibu.

Selepas itu, ceramah diteruskan dengan beberapa pemimpin PKR Sarawak dan DAP Sarawak sama ada YB atau bukan YB. Nescaya, malam tadi merupakan malam PKR dan DAP.

Begitupun ramai penduduk tertanya-tanya di manakah pemimpin PAS yang merupakan sebahagian daripada keluarga Pakatan Pembangkang?

Ini disebabkan tiada seorang pun pemimpin mahupun penyokong PAS yang hadir atau memberikan ucapan.

Apakah PAS merajuk dengan PKR dan DAP di mana sebelum ini PAS pernah menunjukkan hasrat untuk bertanding di DUN Balingian?

Apa pun majoriti pemimpin PKR dan DAP berceramah dengan membawa isu lapuk dan isu nasional yang hanya berlaku di negeri mereka sahaja tanpa melibatkan negeri Sarawak.

Selain isu pembangunan, pemimpin Pakatan Pembangkang juga menyelit isu yang melibatkan kehilangan pesawat MH370 dengan menyalahkan kerajaan kononnya tidak profesional dalam menangani krisis kehilangan MH370.

Berdasarkan reaksi mereka yang hadir pada malam tadi jelas mereka terkejut dengan senario baru yang dibawa Pakatan Pembangkang khususnya dalam mengadakan ceramah.


Ini kerana budaya berceramah ini tidak pernah berada di Mukah ini melainkan mengadakan aktiviti dan sedikit ucapan tanpa perlu berteriak seperti orang gila. Ternyata mereka yang hadir sedikit terganggu dengan terikan dan laungan pemimpin PKR yang ternyata mengunakan sepenuhnya ruang ceramah biarpun setiap pemimpin hanya diberikan 10 minit sahaja untuk berucap.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger