#PRKBalingian PAKATAN PEMBANGKANG MULA BERKEMPEN MAIN GUNA ISU SENSATIF


Sebaik selepas penamaan calon, telah kedengaran penyokong Pakatan Pembangkang akan berkempen menggunakan isu kaum agama. Ini kerana kedua-dua calon yang bertanding berbeza agama.

Atas sebab itu, strategi Pakatan Pembangkang khususnya PKR Sarawak dalam memulakan kempen #PRKBalingian akan mendekati majoriti daerah mengundi yang beragama Islam.

Berbeza dengan BN yang menunaikan janjinya terhadap penduduk di DUN Balingian apabila mengetengahkan calon kaum Melanau yang beragama Kristian.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, pemilihan calon bagi PRK DUN Balingian adalah berdasarkan ‘Perjanjian Jangka Panjang’ yang dipersetujui sejak 1963 yang menetapkan salah seorang daripada tiga wakil rakyat di kawasan Parlimen Mukah adalah beragama Kristian dari masyarakat di situ.

Mencalonkan Yussibnosh bin Balo, bekas Pegawai Daerah Dalat yang merupakan rakyat tempatan, berbangsa Melanau, bukan Islam dan amat dikenali masyarakat tempatan dijangka akan dapat meneruskan rentak kemenangan BN di DUN Balingian.

Di bawah perjanjian bersama dalam kalangan suku kaum Melanau, salah satu daripada dua kerusi DUN iaitu Dalat dan Balingian atau Parlimen Mukah perlu diwakili Melanau Kristian.

Berasaskan kepada tinjauan penduduk di DUN Balingian kebanyakan mereka yang ditemui sangat mengenali calon BN berbanding calon PKR, Abdul Jalil Bujang yang menetap di Bintulu.


Mereka beranggapan adalah lebih baik memberi undi kepada calon BN yang boleh meneruskan kesinambungan pentadbiran kerajaan dan BN di DUN Balingian dan Mukah secara keseluruhan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger