#PRKBalingian MENYAKSIKAN PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU


Suasana penamaan calon bagi #PRKBalingian yang diadakan di Dewan Suarah Mesra pada pagi ini telah berjalan lancar dengan kawalan ketat pasukan polis biarpun menyaksikan sedikit provokasi daripada penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang.


Dengan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bersama Menteri-Menteri Kabinet serta lebih 2,000 orang penyokong BN daripada pelbagai komponen parti seperti PBB, SUPP, PRS dan SPDP hadir bagi memberikan sokongan kepada calon BN Yussibnosh Balo.

Manakala, calon PKR Abdul Jalil bin Bujang bersama dengan kira-kira 200 orang penyokongnya daripada seluruh negeri Sarawak hadir sambil diiringi beberapa pemimpin PKR Sarawak dan Pusat.



Secara keseluruhannya, #PRKBalingian akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan masa pengundian telah ditetapkan pada 29 Mac 2014.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 17, 2014 at 11:00 AM

Admin,terima kasih kerana gambar2 tersebut.@2000 BN vs 200 Patatan.PKR dah kalah bulu! Jentera BN Mukah/Balingian memang ok.

Selepas ni minta rakan2 dan ahli2 BN terus gempur di seluruh kampung2.Jgn bagi peluang PKR nak pacak bendera mereka di mana2 kampung.

Minta JK BN jgn lokek. Jgn berkira sangat tentang untung rugi masa berkempen.Labur saja.Jgn memilih bulu.Tarikkan pengundi atas pagar dgn penuh berhemah.Setiap undi penting.Buat muka bodoh pun tak apa.Dituduh bodoh pun jgn ambilpeduli.Yang mustahak sekarang ialah undi mesti utk calon BN.

Elakkan isu2 "bodoh".Ada pengundi nak minta "cap BN,T-shirt BN,payung BN dan banyak lagi momento BN." Beri saja.Jgn lokek.Edarkan bendera/"bunting" seluas mungkin.Jgn berkira sangat - rugilah itulah.Lebih rugi jika calon BN kalah.Putih mata.

sekadar pandangan marhaen.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger