#PRKBalingian MAT SABU MALUKAN NEGARA SENDIRI DI HADAPAN KIRA-KIRA 100 ORANG PENGUNDI BALINGIAN


Jika ada seseorang yang akan mengutuk negara mahupun negeri yang kita diami pasti orang itu tidak sayangkan negaranya.

Inilah yang dilakukan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu dalam ceramah pertama PKR dalam kempen #PRKBalingian malam semalam yang dihadiri kira-kira 100 orang sahaja dengan kebanyakannya terdiri daripada orang luar yang bukan pengundi DUN Balingian.

Tanpa segan silu Mat Sabu menyamakan Malaysia setaraf negara Afrika. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa Malaysia ini sebuah negara miskin dengan rakyatnya yang hidup merempat dan kadar kemiskinan yang tinggi.

Apakah teruk dan miskin tegarkah rakyat Malaysia hingga sanggup menyamakan Malaysia setaraf dengan Afrika (negara yang mundur)? Nampaknya, pemimpin Pakatan Pembangang seperti Mat Sabu ini cuba untuk mengelirukan pengundi Balingian.

Selain Mat Sabu, ramai pemimpin Pakatan Pembangkang lain yang pernah memalukan negara sendiri di mata masyarakat negara lain seperti Anwar Ibrahim (kecewa kerana tidak mendapat jadi Perdana Menteri), Nurul Izzah, Tian Chua dan beberapa pemimpin DAP.

Berbeza dengan kenyataan pemimpin negara luar yang memandang tinggi pemerintahan pemimpin kerajaan BN sejak pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang pertama lagi.

Bertujuan untuk memberikan gambaran bahawa pemimpin BN tidak pandai memerintah negara itulah matlamat asal pemimpin Pakatan Pembangkang.

Hakikatnya pemimpin Pakatan Pembangkang menidakkan apa yang berlaku di Selangor di mana rakyatnya hidup merempat ekoran banyak janji-janji Pakatan Pembangkang yang masih belum ditunaikan sejak tahun 2008 selepas PRU12.


Lihat juga Pulau Pinang di mana masyarakat Melayunya dipinggirkan khususnya mereka yang tinggal di Balik Pulau sebaliknya mengkayakan orang Cina. Tidak ketinggalan Kelantan yang telah ditadbir PAS sejak 25 tahun yang lepas masih mengalami kemunduran dengan ramai rakyatnya terpaksa keluar bagi mencari sesuap nasi.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

March 19, 2014 at 2:56 PM

Tidak lupa Selangor ditimpa masalah tiada air sebab Khalid lokek tak mau bina empangan Langat 2.

Mat Sabu mana tau geografi.Apatah tentang Sarawak! Beliau tak lulus matapelajaran Sejarah SPM agaknya.Beliau hanya tau tentang apa berlaku di depan mata.Beliau tak mengakui bahawa Sarawak telah membangun sejak 1963 (lebih sedikit 50 tahun +).Beliau serta pemimpin2 PKR,PAS dan DAP Sarawak seolah2 tidak baca buku Sejarah Sarawak.Mereka hanya pandai membuat fitnah - kononnya kerajaan tak buat apa2.(Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching amat cantik setanding dgn bbp lapangan terbang spt di P.Pinang,Ipoh dan KK.)

Mat Sabu mana tau tentang Sarawak.Baginya Sarawak tak penting kpdnya.PAS tetap ditolak di Sarawak.Hanya pencacai Pakatan yg tiada tempat dlm politik terpaksa berteduh dgn Pakatan.Kepimpinan mereka tak releven.Otak mereka penuh dgn persepsi negatif - BR1M pun mereka kata rasuah!

Jentera BN Balingian tak perlu risau sangat dgn kehadiran Mat Sabu.Berkempen cara sopan santun.Jgn cabul mulut spt pembangkang.

Undilah BN.

Anonymous
March 20, 2014 at 6:31 AM

Mat Sabu tu apa adanya, pandai bercakap saja. Dia kata Balingian ini mundur, tiada pembangunan ?....Kalau saya lihat dari Mukah ke Balingian jalanraya berturap dengan baik malah jalan kampung pun sama. Wahai Mat Sabu, tak payahlah kamu nak berkempen untuk membawa kami rakyat Balingian ini untuk membenci kerajaan dan kepimpinan yang sedia ada. Kau kempen sajalah di Semenanjung, pasti kau kenal apa erti kemajuan pembangunan. Tak perlulah, baliklah......kempen saja kat Kajang sana....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger