#PRKBalingian ISU LIWAT ANWAR IBRAHIM TIDAK RELEVAN DI PRK DUN BALINGIAN


Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu berkiblatkan Ketua Umum PKR yang juga merupakan peliwat, Anwar Ibrahim berbanding Presiden PAS sendiri.

Dalam ceramahnya malam tadi, Mat Sabu juga menyentuh mengenai tindakan hakim menjatuhkan penjara selama 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim disebabkan liwat. Ini sekaligus menyebabkan Anwar tidak dibolehkan bertanding dalam PRK Kajang dan mengambil keputusan memilih isterinya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bidan terjun.

Anwar sebaik sahaja bekas ADUN Kajang telah meletak jawatan secara mengejut beliau telah terus berkempen biarpun SPR hanya menetapkan tarikh penamaan calon bermula awal bulan Mac 2014.

Bagi pengundi dan rakyat Balingian, mengetengahkan isu kesalahan liwat Anwar Ibrahim sebagai tidak relevan dan membazirkan masa. Bukan itu yang mereka nak dengar, tetapi apakah yang mampu dilakukan calon PKR terhadap DUN Balingian sekiranya beliau menang dalam #PRKBalingan.

Sebaik sahaja Mat Sabu memasuki ceramah berhubung Anwar, ramai mereka yang hadir mendengar sejak satu jam lebih itu terpaksa pulang kerana isu ini tidak ada kaitanya dengan penduduk DUN Balingian.

Malah, ketika Mat Sabu mengumumkan Anwar akan hadir ke Balingian pada minggu depan tiada langsung kedengaran tepukan gemuruh daripada kira-kira 100 orang yang hadir kecuali tepukan daripada mereka yang duduk di atas pentas.

Sikap yang ditunjukkan pengundi Balingian jelas memberikan gambaran bahawa PKR mahupun Pakatan Pembangkang tidak diterima penduduk tempatan.

Melihat akan keadaan ini, Mat Sabu hanya berlakon di hadapan hadirin kerana penganjur ceramah iaitu PKR gagal menterjemahkan ceramah Mat Sabu melebihi sekurang-kurang 500 orang ke atas.

Namun, air muka terpaksa disembunyikan kerana takut penduduk Balingian mengaggap pemimpin politik tidak glamour mahupun popular di Balingian.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger